Entries from Mei 2009

Mei 26, 2009

IDEA BESAR YANG MENGUASAI DUNIA

Ajaran yang terkandung di dalam Al-Quran bukanlah suatu set ideologi atau sistem perundangan terperinci yang memperincikan setiap kesalahan dan hukuman bagi setiap kesalahan itu. Ia bukan juga sistem ekonomi, politik dan sosial yang terperinci bagi membina dan menggerakkan kemakmuran ekonomi, kestabilan politik dan sosial untuk setiap zaman dan tempat. Ajaran al-Quran ialah hidayah [...]

Mei 21, 2009

NGO ISLAM : SUARAKAN PANDANGAN ANDA!

Pada 23 Mei ini, satu seminar telah dianjurkan oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) bagi membincangkan mengenai 1 Malaysia dan kedudukan Melayu dan Islam dalam masyarakat majmuk di negara ini. Mengenai perkara pertama, umum mengetahui bahawa cita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang rakyatnya bersatu padu, adalah cita-cita yang diidamkan sejak negara ini mencapai kemerdekaan. [...]

Mei 20, 2009

TAJDID DALAM DAKWAH

Perubahan adalah sunnatullah, yakni peraturan dan hukum perjalanan alam yang dicipta oleh Allah s.w.t. mengikut kuasa dan kehendak-Nya Yang Maha Suci. Alam dan semua perkara yang terdapat di dalamnya, sentiasa terdedah kepada perubahan. Tetapi, apakah yang berubah dan bagaimana perubahan itu berlaku? Tentunya, dengan adanya kepelbagaian dalam alam ciptaan Allah s.w.t. ini, tidak mungkin kita [...]

Mei 20, 2009

JANGAN TANAM BENIH PRABHAKARAN DI NEGARA INI

Daripada memorandum Hindraf ke Kerajaan Britain sehingga tunjuk perasaan di jalanan, Hindraf berusaha membela kaum India di negara ini menerusi usaha memupuk kebencian. Dalam memorandum yang dihantar kepada kerajaan Britain, penuh dengan ungkapan menghina orang-orang Melayu. Dengan kata-kata penghinaan itu cukup untuk menimbulkan kebencian masyarakat India kepada orang-orang Melayu. Kebencian itu, terutamanya, tersemat di dalam [...]

Mei 8, 2009

BUATMU IBU

Kasih Ibu – Sebuah lirik lagu buat penghargaan kepada wanita yang bergelar ibu.

Tangan yang lembut menghayun buaian
Mendodoi anak dengan nyanyian
Memecah sunyi keheningan malam
Deru kasihmu bergema dalam kerinduan
Kesayuan mendakap seluruh badan
Menyelinapi nadi dan sendi

Lahirnya pahlawan darimu oh ibu
Yang tabah berani cekal dan penyayang
Membawa erti ribuan makna
Untuk pertiwi jasamu tercurah
Menerangi masa hadapan bangsa
Pengorbananmu kami hargai

c/o
Pahlawan pembela nusa [...]