APA ERTINYA TRANSFORMASI POLITIK

Umur kemerdekaan negara kita, melebihi 50 tahun. Sudah tentu umur yang melebihi setengah abad itu menandakan kedewsaan dalam pelbagai bidang.Terutam kedewasaan berpolitik. Jangka waktu 50 thun itu, cukup untuk membina sebuah negara bangsa di mana rakyat pelbagai kaum, mempunyai cita-cita dan harapan yang sama dalam sebuah negara yang maju dan berjaya. Tetapi benarkah rakyat negara ini telah dibentuk kesedaran ke arah memiliki aspirasi yang sama dan harapan yang sama, berkongsi kerangka ketamadunan yang sama? Atau mereka terus berada dalam kehidupan terasing dalam kelompok kaum masing-masing?

Kedewasaan tidak mungkin tercapai tanpa kefahaman. Dalam politik, kefahaman mengenai acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunannya yang diperjuangkan oleh generasi tedahulu untuk mencorakkan negara ini perlu difahami. Tanpa kefahaman ini tidak akan ada kedewasaan dalam berpolitik di negara ini. Masing-masing kaum berpolitik mengikut rentak perkauman dan kehendak serta kepentingan kaum masing-masing. Perjuangan politik yang menjurus kepada cita-cita mengujudkan masyarakat yang adil dan kejayaannya di dalam bidang ekonomi, budaya dan kemajuan dikongsi bersama secara saksama, tidak mungkin tercapai. Jurang luas tetap akan wujud antara kaya dan miskin, antara kaum, antara bandar dan luar bandar dan sebagainya.

Perlembagan negara dibentuk dengan jelas memaparkan acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan yang hendak dicapai oleh negara ini.Negara ini adalah sebuah negara beraja. Institusi raja-raja Melayu mempunyai kedudukan penting dalam susunan kenegaraan bagi negara ini.Walaupun ia adalah raja berpelembagaan, tetapi perlembagaan itu sendiri meletakkan institusi raja dalam kedudukan yang penting itu. Jelas di sini bahawa acuan kenegaraan bagi negara ini adalah acuan kemelayuan.

Di samping keutuhan kedudukan institusi raja-raja Malayu itu,perlembagaan negara memperuntukan Islam sebagai agama negara.Peruntukan itu memberi makna bahawa Islam mempunyai kedudukan penting yang menentukan kerangka ketamadunan bagi negara ini. Kerangka ketamadunan dan acuan kenegaraan bagi negara ini ialah Melayu/Islam. Dalam kerangka inilah negara Malaysia harus dibangunkan. Pembentukan kenegaraan bagi negara ini bukan ke arah menjadikan negara ini sebuah negara Hindu atau Budha atau Kristian.Acuan kenegaraan bagi Malaysia dan kerangka ketamadunannya ialah Melayu/Islam. Dalam kerangka itulah ia harus dibangunkan dan dimajukan, sehingga terbentuk sebuah tamadun yang tersendiri.

Acuan dan kerangka ketamadunan yang dijadikan asas dalam perlembagaan negara ini adalah paling tepat dan sesuai. Pertama, kerana kedudukan negara ini dalam iklim alam Melayu yang mempunyai pengaruh kemelayuan dan keislaman yang kuat. Kedua, kerana ia dibentuk berdasarkan sejarah dan kesinambungan tamadun yang telah wujud dan bertapak dengan kuat di rantau ini. Ketiga, kerana Islam adalah agama universal yang mempunyai nilai-nilai yang bersedia menerima hasil-hasil ketamadunan dari tamadun-tamadun yang lain secara saksama dan rasional, berteraskan  piawaiannya yang tinggi.

Sungguh pun acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan negara ini adalah Melayu/Islam,tetapi tidak bermakna bahawa negara ini menolak kepelbagaian. Sebab itu perlembagaan negara menjamin kebebasan beragama yang diamalkan secara aman. Penghayatan agama secara agresif dan melampau tidak dapat diterima. Terrosism oleh mana-mana golongan atas nama agama apa pun atau ideologi apa pun, sesuatu yang amat berlawanan dengan perinsip penghayatan agama secara aman.Begitu juga acuan dan kerangka tersebut tidak boleh tersasar daripada iltizam untuk berlaku adil kepada semua. Bukan sahaja adil kepada rakyatnya, tetapi kerpada semua mereka yang berlindung di bawah kedaulatannya.

Transformasi politik ialah perubahan menuju kematangan. Kematangan adalan pancaran daripada kefahaman. Inilah tuntutan paling penting dalam usaha menggerakkan transformasi politik. Setiap negara mempunyai acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunannya yang tersendiri. Acuan dan kerangka yang seharusnya dimiliki bersama oleh semua rakyat yang bernaung di bawah kedualatan negara ini.

Parti-parti politik konvensional seperti UMNO,PAS, DAP, MCA, MIC,PKR dan lain-lain masih berada dalam kepompong yang sama, sejak puluhan tahun yang lalu. Makin lama keberadaan mereka makin berkurangan kedewasaan mereka berbanding dengan generasi terdahulu. Mereka berpolitik ke arah mencapai kemajuan dalam keriar politik peribadi dan bukan untuk mencapai matlamat dan cita-cita pembentukan sebuah negara yang mempunyau acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan yang tersendiri. Negara ini sememangnya memerlukan transformasi politik. Tetapi jangan disalah-ertikan makna transformasi politik yang sebenarnya.

Transformasi politik bukan slogan yang tidak mempunyai makna dan pengertian mendalam untuk pembinaan negara ini di masa ini dan masa hadapannya. Pengertian mendalam itu terpancar daripada cita-cita perjuangan kemerdekaan rakyat negara ini, terutama golongan majoritinya. Ia bukan sekadar memperbaiki prestasi dan imej pemerintah yang kian menurun. Ia adalah usaha berterusan membangun negara ini di dalam kerangka dan falsafah yang menjelmakan jatidiri dan

BAHAYA SYI’AH

Penularan faham Syi’ah dalam masyarakat Sunni, tidak boleh dipandang rengan. Ia adalah produk sejarah yang membawa perpecahan umat Islam yang akhirnya mendorong ke arah kejatuhan tamadun Islam. Syi’ah itu sendiri berpecah kepada pelbagai puak yang sebahagiannya sudah tidak diakui lagi sebagai orang-orang Islam. Tetapi, sebahagiannya masih dianggap sebagai orang Islam, tetapi orang Islam yang telah sesat dan terkeluar daripada masyarakat Islam arus perdana. Sementara kumpulan Nusairiyyah, Ismailiyyah dan Durziyyah, telah dianggap terkeluar daripada agama Islam, Kumpulan Imamayyah dan Zaidiyyah masih dianggap sebagai sebahagian daripada umat Islam.  Kumpulan Syi’ah yang paling hamper dengan kumpulan Islam arus perdana ialah Zaidiyyah. Fahaman mereka tidak jauh berbeza dengan Ahlu al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Namun kumpulah Syi’ah Imamyyah mempunyai jarak yang agak jauh dengan Ahlu al-Sunnah Wa al-Jama’ah. Jauh dari segi epistemologinya dan sumbernya. Walaupun sumber ajaran itu masih dikatakan al-Qur’an dan al-Sunnah, tetapi al-Qur’an mereka, bukan al-Qur’an yang dikumpul oleh Abu Bakr dan disalin oleh Othman Ibn Affan atau naskhah Uthmani yang ada pada hari ini. Mereka tidak mengiktiraf al-Qur’an yang dikumpul oleh para sahabat. Mereka hanya mengiktiraf al-Qura’an yang dikatakan dikumpul oleh Saidina Ali k.w. Begitu juga dengan al-Sunnah. Bagi Islam arus perdana, al-Sunnah itu hanya terbatas kepada perkataan, perbuatan dan pengakuan Nabi Muhammad s.’a.w. yang mnerima Wahyu daripada Allah S.w.T. Tetapi bagi mereka al-Sunnah itu termasuk perkataan, perbuatan dan pengakuan imam-imam mereka yang terdiri daripada keturunan Ali bin Abi Talib yang dijadikan Imam melalui wasiat daripada Imam terdahulu. Imam mereka yang pertama ialah Ali bin Abi Talib. Ia menjadi imam atas wasiat Rasulullah s.’a.w. Begitulah imam yang terkemudian diwasiatkan oleh Imam tedahulu sehinggalah imam yang terakhir iaitu Imam ke dua belas. Imam yang akhir ini dikatakan ghaib pada masa ini, setlah hilang ketika terjatuh ke dalam lubang dan akan menucul semula sebagai Imam Mahadi.

Sumber ajaran yang berbeza ini menyebabkan banyak perbezaan di dalam amalan dan kefahaman agama di kalangan Sunni dan Syi’ah Imamiyyah. Yang terdapat persamaan yang nyata hanya dari segi tauhid. Namun mereka mempunyai pendekatan berbeza dalam kefahamn tauhid. Mereka lebih dekat dengan fahaman Muktazilah, berbanding dengan Sunni yang banyak bersandarkan kepada fahaman Asya’irah dan al-Hanabilah. Mereka memusuhi para sahabat dan beranggapan para sahabat mengkhianati Rasulullah s.’a.w. Faham mereka terhadap sahabat berlawanan dengan al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.’a.w yang menghargai sumbangan para sahabat dalam perjuangan menegakkan Islam. Konsep Imamah mereka juga agak melampau sehingga beranggapan imam-imam mereka mempunyai martabat yang tinggi melebihi Nnabi dan malaikat. Saidina Ali juga sama statusnya dengan Nabi Muhammad s.’a.w kerana Nur Muhammad s.’a.w yang dipercayai mendahului kejadian Adam dan makhluk keseluruhannya bersatu dengan Nur Ali dan tidak terpisah melainkan apabila bahagian Nabi Muhammad masuk ke Sulbi Abdullah dan bahgian Ali masuk ke sulbi Abu Talib. Bahkan banyak lai perkara anih dalam kepercayaan Syi’ah ini dan amlan mereka yang tidak dapat diterima, seperti kahwin Mut’ah dan kepercayaan yang dinamakan al-Bada’ yang juga berlawanan dengan kepercayaan mengenai kesucian Allah S.w.T daripada sifat-sifat kekurangan.

 

POLITIK BARU DENGAN KEPIMPINAN BARU

Ketika saya bersama rakan-rakan ( terlalu ramai untuk menyebut nama mereka. Yang jelas tidak ada azmin, tidak ada Izam, tidak ada Rahim Ghouth, tidak Saiufddin Nasution) menubuhkan Parti Keadilan Nasional, dalam benak saya tergambar sebuh parti baru untuk genersi muda yang sifatnya multiracial. Walaupun titik tolaknya daripada usaha menegakkan keadilan terhadap Anwar Ibrahim, yang dilihat pada ketika itu sebagi dizalimi. Saya diberitahu arahan dari penjara (Anwar) kepada para pengikutnya supaya tidak memutuskan sesuatu melainkan setelah berunding dengan tiga orang iaitu Dr.Wan Azizah, Dr Candera Muzaffar dan saya. Saya juga diberitahu beliau mahu supaya parti yang ditubuhkan itu berasaskan Melayu. Saya telah menulis nota kecil dan memberitahunya bahawa parti baru itu tidak wajar bersaing dengan PAS dan UMNO untuk mempengaruhi orang-orang Melayu. Ia hendaklah parti pelbagai kaum yang berteraskan orang Melayu. Perbincangan dan pertemuan banyk diadakan di sebuah rumah di Seksyen 14 berhampiran dengan Food Court dalam jumlah yang ramai. Tetapi perbincangan lebih khusus sering diadakan di Pejabat Anuar Tahir, di Seksyen 14 juga di lokasi yang tidak jauh daripada rumah tersebut. Saya dapat mengingati wajah Anuar Tahir,Dr Mahd.Nor Nawawi dan Dr Mohd.Nor Manuti di dalam perbincangan itu dan beberapa orang yang lain. Wajah yang tidak pernah absen dalam setiap pebincangan ialah saudaru Zukifli Daud sama ada di rumah tersebut dan di pejabat Anuar Tahir. Tetapi bagaimana hendak menubuhkan sebuah parti politik yangbaru yang pastinya sukar mendapat kelukusan. Saya teringat kepada seorang rakan semasa bersama di dalam PAS iaitu Saudara Abdul Wahab Yunus yang lama dahulu telah menubuhkan sebuah parti politik, setelah beliau keluar dari PAS. Saya menyerahkan tugas mengabil alih parti itu kepada Zulkifli Daud dan beliaub berjaya melaksnakan tugas itu degan baik. Maka tertubuhlh Parti Keadilan Nasional sebelum ia ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat setelah penyertaan pemimpin-pemimpin Parti Rakyat PKN. 

Ribuan boring telah diisi untuk memohon menjadi ahli. Tetapi saya sendiri tidak berbuat demikian, kerana melhat gelagat dan keadaan yang tidak menyenangkan. Situasi itu sedang dipergunakan oleh beberapa pihak untuk kepentingan golongannya. Saya dberitahu oleh satu kumpulan supaya saya dijadikan Timbalan Presiden, dan Wan Azizah menjadi Presiden. Kemudian dating pula kumpulan lain memberitahu saya diminta memegang jawatan sebagai Naib Presiden. Kesemuanya dikatakan arhan dari penjara. Saya tidak menerima semuanya dan tidak pula mendaftar sebagai ahli. ABIM seolah-olah mahu menjadikan PKN itu partinya. Yang lain pula mahu menjadikan PKN semata-mata wadah membela Anwar Ibrahim. Ada laporan memberitahu ada orang yang mengambil kesempatan keluar negara mengumpul dana untuk membela Anwar Ibrahim. Tapi wang yang dikumpul itu tidak pernah dilihat walaupun satu sen. Saya tolak semua jawatan dan tidak bercadang menganggotai parti itu. Saya hanya sekadar menerima jawatan Pengarah Pilihanraya sahaja. Keadaan dan pergolakan serta kesempatan yang diraih oleh mereka yang berkepentingan dalam krisis tersebut menjadikan saya tawar hati. Gambaran mengenai politik baru dalam benak saya kelihatan begitu jauh daripada apa yang berlaku. Untuk membina politik baru, nampaknya jauh panggang dari api.Saya mengambil lengkah segera berundur daripada percubaan itu. Saya rasa tidak mampu meneruskan usaha menterjemahkan impian saya kepada kenyataan pada ketika itu. Namun hasrat untuk melihat politik baru bagi negara ini masih segar dalam benak saya.Politik perkauman sememangnya tidak releven lagi. Politik perkauman tidak dapat memenuhi bentuk Negara Malaysia sebagaimana yang digagaskan dalam Perlembagaannya. Bahkan pendekatan perkauman dalam politik menjadi penghalang kepada rakyat dan parti-parti politik itu memahami gagasan Malaysia yang terdapat di dalam perlembagaan. Perlembagaan Negara begitu indah. Orang yang tidak memahaminya akan membencinya. Jika ia dihayati sejak lebih lima puluh tahun dahulu, satu bangsa Malaysia yang bersatu telah dapat diwujudkan atau hampir direalisasikan.

Politik Malaysia berada dalam dilemma. Pendekatan perkauman masih tebal, walaupun di kalangan parti-parti politik yang menecam politik resis. Ia memerlukan pendekatan baru dan pemimpin baru. Tetapi politik Malaysia kekurangan pemimpin yang mempunyai pendekatan baru yang sesuai dengan politik baru yang diharapkan itu. Sepatutnya, DAP. PKR. PAS, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain, sudah tidak ada di bumi Malaysia ini. Pemimpin seperti Lim Kit Siang, Karpal Sing, Nik Aziz, Hadi Awang, Najib dan Mahyuddin, Anwar Ibrahim dan lain-lain sepatutnya sudah diganti dengan pemimpin muda yang mempunyai minda politik baru, berpengetahuan tingga, berpandangan jauh untuk memimpin Malaysia yang maju yang mempunyai kerangka tamadunnya yang tersendiri. Kita mengharapkan perubahan sebenar akan berlaku bukan sekadar perubahan orang di Putrajaya yang mempunyai minda lama dan perjuangan lapok seperti perjuangan PKR

PERSOALAN ‘AQIDAH DALAM ISLAM POLITIK

Terlebih dahulu perlu dijelaskan maksud “Islam politik” dan perbezaannya dengan politik Islam. Umum mengetahui politik Islam ialah aspek politik daripada pergerakan dakwah Islamiyyah. Ia terpancar daripada kerangka aqidah Islamiyyah dan berasaskan kepadanya. Pergerakannya berpandukan kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasul s.’a.w dan mematuhi ijma’ serta mengamalkan qiyas sebagai suatu kaedah bagi memahami isu-isu yang timbul ketika masyarakat mendepani perubahan. Tidak berbangkit isu ‘aqidah di dalam politik Islam, kerana pergerakan politik sebagai sebahagian daripada agenda dakwah Islam, sentiasa berpegang kepada ‘aqidah Islam dan mengamalkan etika berpolitik di dalam Islam sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Model utama politik Islam ialah perjuangan dakwah Rasulullah s.’a.w dan Khulafa’ al-Rasyidun. Bagaimana pun politik Islam tidak terlepas daripada menerima pergolakan dan cabaran selepas daripada zaman Rasulullah s.’a.w. kerana politik melibatkan kerja-kerja manusiawi yang memiliki aqal dan nafsu yang terdedah kepada betul dan salah dalam setiap tindakan yang diambil. Daripada realiti manusiawi inilah lahirnya kegiatan Islam politik yang merupakan tindak tanduk manusia yang bercita-cita menegakkan Islam, tetapi banyak dipengaruhi oleh keinginan-keinginan dan runtunan nafsu ingin berkuasa. Tanpa benteng ‘aqidah dan akhlak yang kukuh, kegiatan ini mungkin terlajak sehingga melanggar batas-batas akhlak dan prinsip Islam sehingga Islam dipergunakan untuk mendapatkan kuasa dan memenuhi kehendak naluri ingin berkuasa. Dalam keadaan ini pelbagai penyelewungan terhadap ajaran Islam tidak terelakkan lagi.

Perkembangan politik Islam sehingga tersasar daripada landasan dan terperangkap ke dalam kencah Islam politik, boleh dimurnikakan untuk dikembalikan kepada politik Islam yang sebenar. Langkah paling utama bagi tujuan itu ialah dengan membersihkan ‘aqidah dan memperkasakannya sebagai landasan pergerakan politik yang utama. Setiap kegiatan politik tidak seharusnya tergelincir daripada landasan itu. ‘Aqidah bercelaru dan tidak lurus serta dikotori oleh -pelbagai faham dan ideologi luaran yang bersimpang siur, mnjadikan politik Islam bercelaru dan seterusnya terprangkap di dalam kencah Islam politik. Perjuangan Islam melalui pendekatan politik sering tersasar daripada landasan ialah kerana keutamaan kepada kegiatan politik telah mengurangkan penekanan kepada program pembinaan ‘aqidah yang murni. Di dalam banyak parti-parti politik yang memperjuangkan Islam terperangkap ke dalam kencah Islam politik ini, kerana mengabaikan aspek aqidah sebagai landasan yang lurus bagi menggerakkan aktiviti politik. Amalan seperti  ” politik diaqidahkan dan ‘aqidah dipolitikkan” menjadi lumarh dalam kegiatan Islam politik di dunia hari ini.

ANTARA MENANG PILIHNRAYA DAN UNDI POPULAR.

Dalam PRU13 Pakatan Rakyat dikatakan mendapat undi popular, tetapi hanya mendapat 89 kerusi Parlimen. Sedangkan Barisan Nasional yang mendapat undi kurang daripada yang diperolehi Pakatan Rakyat mendapat 133 kerusi dan berjaya menubuhkan kerajaan. Isu ini tidak pernah timbul di dalam 12 kali pilihnraya terdahulu, ketika BN mendapat undi popular. Sam ada dahulu atau sekarang, system yang digunkan system yang digunakan adalah sama. Ia berdasarkan kepada undi terbanyak di satu-satu kawasan pilihanraya sebagaimana yang diamalkan oleh sesetengah negara seperti United Kingdom dan bukan berdasarkan perwakilan parti-parti yang bertanding, sebagaimana yang diamalkan oleh beberapa negara lain. Mengapa persoalan sistem ini ditimbulkan sekarang dan tidak ditimbulkan di masa-masa yang lalu?

Jawapannya mudah. Dahulu tidak ada alas an untuk membangkitkan persoalan ini kerana pembangkang bukan sahaja tidak mendapat kerusi yang banyak di Parlimen, tetapi juga tidak mendapat undi popular dalam pilihanraya.

Mengapa sekarang baru disedari bahawa sistem sekarng begitu bnyak kelemahan dan ketidakadilan? Sejauh  mana pula sistem perwakilan yang dapat memberi keadilan? Sistem terakhir ini akan menempatkan perwakilan dalam parlimen bagi mewakili parti yang bertanding dan tidak mewakili rakyat secara langsung di kawasan di mana seseorang wakil parti bertanding. Adalah sukar untuk rakyat membuat aduan kepada parti daripada membuat aduan kepada wakil yang dipilihnya di sesuatu kawasan, jika sekiranya ia mempunyai masalah untuk diselesaikan. Sistem ini pun tidak terlepas dari kelemahan. Jika ada sistem ketiga sekalipun, ia tidak akan terlepas daripada memiliki kelemahan dan kekurangan sebagaimana system pertama dan ke dua.

Satu perkara yang dilihat begitu tidak adil ialah jumlah penundi di sesuatu kawasan, berbanding dengan kawasan yang lain yang kelihatan sangat tidak seimbang. Antara pengundi Putrajaya dan Bukit Bintang, begitu jauh perbezaan jumlah pengundi antara kedua-dua kawasan itu. Begitu juga antara banyak kawasan-kawasan bandar dan luar bandar. Mungkin persempadanan kawasan pilihanraya boleh diperbaiki supaya keadilan dapat dipastikan. Namun, jika persempadanan itu dilakukan berdasarkan kedudukan kawasan yang sedia ada, kemungkinan akan berlaku ketidakadilan yang lebih ketara.

Untuk diseimbangkan dengan Putrajaya, kawsan Bukit Bintang boleh dibahagikan kepada 5:1. yang kebanyakan penduduknya terdiri daripada orang-orang Cina. Ini akan menyebabkan majority anggota di Parlimen akan terdiri daaripada majoriti orang-orang Cina. Adilkah posisi sedemikian, pada hal penduduk dari kaum Cina hanya sekitar 23% sahaja. Justeru penyusunan kawasan piliharaya yang adil harus mengambil kira perwakilan daripada kaum Melayu/Bumiputra yang mencapai 67% sekarng ini. Jika persempadanan semula itu turut mengambil kira hakikat ini, tentulah lebih adil jika sebenarnya keadilan yang dicari.

Jika posisi kaum tidak diambil kira dan biar sahaja kaum Cina menguasai parlimen, dan Perdana Menteri juga daripada kaum mereka, asalkan mereka dapat memerintah dengan adil dan dapat membawa kemajuan kepada 67% kaum Bumiputra yang ketinggalan. Bolehkah andaian itu diterima oleh orang-orang Melayu dan keadilan yang diharapkan itu pasti akan dilaksanakan oleh pemerintah dan perdana menteri dari kaum Cina? Barangkali orang Melayu yang serupa CEO AirAsia x sahaja yang boleh menerima keadaan ini dan kaum Cina yang menjadi perdana Menteri dan yang menguasai Parlimen terdiri daripada orang seperti Profesor E Koo Key Kim sahaja. Dalam keadaan seperti itu sahaja maa pertimbangan kaum tidak lagi releven. Adanya orang Cina seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eang, Tony Pua dan lain-lain, tidak mungkin persoalan kaum boleh diabaikan begitu sahaja.

Sementara kita berusaha mencari system alternatif yang adil dan yang benar-benar dapat menegakkan keadilan, kita telah mengguna pakai sistem yang sedia ada yang tidak pernah dipersoalkan perlaksanaanya sejak 12 kali pilihanraya yang lalu. Walaupun system ini perlu ditambahbaik atau diubah sama sekali, iaperlu dilakukan secara bertamadun dan tidak seharusnya bertindak barbaric bagi mendapatkan keadilan. Perubahan secara Arab Spring hanya akan membawa kacaubilau dan keganasan. Mereka yang mahu meniru ala Arab Spring itu hanya mereka yang kecewa yang sentiasa berpikiran, “Jika aku tak dapat berkuasa, biar Negara ini hancur lebur dan dikuasai semula oleh penjajah.”

POLITIK ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

Komen terhadap tulisan saya mengenai tahaluf dipaparkan melalui kenyataan bahawa kerajaan BN mementingkan kesenangan kroni, sedangkan rakyat menderita. Hasil negara, terutama hasil petrol tidak digunakan untuk rakyat dan disalah-gunakan untuk kepentingan kroni.Seolah-olah semuanya diagihkan untuk kepentingan kroni. Rasuah, seolah-olah menguasai pemerintahan BN. Tidak ada langsung kebaikan kerajaan BN ini dan apa yang patut dilakukan hanya satu. Tukar kerajaan yang ada kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Persoalannya adakah apa yang disebutkan itu suatu kebenaran atau semata-mata persepsi.

Membentuk persepsi seumapam itu terhadap pemerintah dan parti pemerintah, tektik paling mudah dan kemungkinan paling paling berkesan untuk dilaksnakan oleh pembangkang bagi menafikan kejayaan kerajaan dan sumbangan besarnya kepada negara. Membentuk persepsi yang negetif itulah yang boleh dilakukan oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat bagi menolak kerajaan.Bagi rakyat yang kurang berfikir dan kurang menyelidik, tentu sahaja apa yang didengar itu boleh diterima. Tetapi penerimaan kepada sesuatu persepsi yang tidak benar mungkin membawa kerugian besar kepada negara dan rakyat. Rayta mungkin membuat perhitungan yang salah dalam memilih parti yang akan membentuk dan menguasai kerajaan.

Saya tidak menafikan kesilapan dan kekadang penyelewengan ada berlaku di kalangan pemimpin kerajaan dan kakitangan kerjaaan. Sedangkan sebahagian kakitangan yang melakukan rasuah dan penyelewengan itu terdiri daripada anggota parti pembangkang. Rasuah aalah penyakita sosial yang dilakukan oleh sesiapa yang kurang imannya, sama ada dari parti mana jua pun.Dalam parti pembangkang, belum lagi menguasai kerajaan, berlaku penyelewengan dan rasuah. Tabung memali, derma jihad dan pelbagai tabung yang lain, bukan sahaja tiada rekod yang kemas, tetapi turut disalah-gunakan atau diselewengkan. Pelbagai projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri yang dikuaai pembangkang, gagal kerana berlaku penyelewengan dan rasuah.Saya tidak menafikan berlaku penyalah-gunaan kuasa dan penyelewengan. Tetapi jika penyelewengan itu berlaku dengan berleluasa tanpa boleh dibendung lagi, negara ini sudah lama muflis dan rakyat kelaparan. Ini bermakna bahawa penyelewengan,salah-guna kuasa dan rasuah berlaku dalam keadaan terkawal.

Rancangan-rancangan pembangunan dan projek-projek memajukan negara memang banyak di negara ini. Ia menunjukkan bahawa negara ini bergerak menuju kemajuan. Tetapi benarkah semua projek itu diberikan kepada kroni untuk mereka hidup kaya raya? Tidak dapat dinafikan ada sebahagiannya diberikan kepada kroni. Saya tidak menafikan itu. Tetapi patutkah kita memejam mata supaya jangan melihat kepada sebahagian besar projek mega yang diberikan kepada syarikat-syarikat kerajaan atau perbadanan yang ditubuhkan oleh keajaan dan keuntungannya diagihkan kepada rakyat. Berapa banyak projek-projek kerajaan yang dianugrahkan kepada syarikat-syarikat milik Tabung Haji, PNB, Tabung Angkatan Tentera dan lain-lain di mana keuntungannya diagihkan kepada rakyat. Tidakkah kerajaan menggunakan hasil pendapatan negara untuk memberi khidmat cemerlang kepada rakyat. Hospital yang world Class, jalan-jalan raya yang world class, pelbagai kemudahan pengangkutan, universiti-universiti yang memberi ruang seluasnya kepada rakyat menimba ilmu. Cubalah bandingkan kemudahanini dengan negara-negara lain di rantau ini. Kita setanding dengan negara-negara maju. Memang beberpa kemudahan perlu dibayar, kerana pembinaan kemudahan itu oleh pihak swasta perlu dbayar untuk membolehkan mereka melunaskan pinjaman yang dibuat bagi membiayai projek berkenaan. Tetapi akan tiba masanya kemudahan itu akan didapati secara percuma, apabila kontrak telah tamat dan pembiayaan dilangsaikan.

Politik persepsi senjata paling mudah untuk melekehkan lawan. Jika sesuatu persepsi negetif berjaya dibentuk terhadap kerajaan, pembangkang mungkin berjaya dan keajaan akan tumbang. Tetapi mudahkan sebuah keajaan yang berkesan dapat diganti dan janji-janji manis pembangkang dapat ditunaikan. Berfikirlah secara matang. Tanyalah dengan sejujurnya bahawa Pakatan Rakyat itu suatu pakatan yang ampuh atau rapuh. Lihatlah tahaluf PAS dengan DAP dan PKR tahaluf benar atau songsang. Jika pakatan itu lebih ampuh dan lebih baik daripada BN jelaskan supaya rakyat tahu dengan sebenarnya. Bukan hanya slogan dan diayah kosong sehingga rakyat terkeliru dan tertipu.

TAHALUF BENAR, TAHALUF SONGSANG

Tahaluf siasi di dalam politik sememangnya terdapat dalam amalan politik Islam. Ini ialah karana tahaluf itu dilaksnakan oleh Rasulullah s.’a,w dalam kegiatan politik baginda berasaskan kepada manhaj dakwah. Baginda mengadakan pelbagai perjanjian bagi menjalin kerjasam bagi mencapai tujuan-tujuab khusus yang jelas dan nyata. Perjanjian baginda dengan orang-orang Arab yang belum menganut agama Islam dan orang-orang Yahudi Madinah, dinyatakan dengan jelas maksud dan tujuannya di dalam perjanjian itu. Perjanjian itu dianggap oleh banyak serjana sebagai sebuah perlembagaan atau kontrak sosial untuk memelihara keamanan Madinah dan mencorak sebuah negara yang bermasyarakat majmuk.

Perjanjian antara UMNO yang mewakili orang-orang Melayu (Islam) dengan MCA dan MIC yang kedua-duanya mewakili orang-orang bukan Islam di negara kita menjelang negara ini mencapai kemerdekaan, tujuan utamanya ialah untuk penyatuan pelbagai kaum di negara ini supaya kemerdekaan boleh dicapai dengan segera. Dalam perjanjian itu diakui oleh semua kaum bahawa orang-orang Melayu adalah masyarakat teras. Kerana itu dalam parti Perikatan, kepimpinan utama parti tersebut terdiri daripada orang-orang Melayu. Apabila negara ini mencapai kemerdekaan, understanding itu diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Bahkan diperkukuhkan dengan meletakkan institusi raja-raja Melayu di tempat yang penting sebagai pendukung agama Islam dan penjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu. Kepentingan agama Islam dan orang-orang Melayu yang beragama Islam itu dipelihara, di dalam perlembagaan itu. Ini bererti tahaluf itu adalah diperlukan dan dalam perlaksanaannya kepentingan Islam dan orang-orang Islam terpelihara. Bahkan kepimpinan orang-orang Islam diakui, walaupun setelah Perikatan digantikan dengan Barisan Nasional.

Tetapi di dalam perjanjian antara PAS,PKR dan DAP perjanjian yang dikatakakan oleh PAS sebagai Tahaluf Siasi, belum didedahkan sepenuhnya mengenai perkara-perkara yang terkandung di dalamnya. Ia masih di dalam keadaan kabur dan tidak didedahkan secara terperinci. Ia boleh jadi lebih baik daripada perjanjian dalam BN atau perjanjian yang buruk. Apakah perjanjian itu bertujuan memelihara kepentingan Islam dan orang-orang Islam atau sebaliknya. Wallahu a’alam. Yang pasti mereka belum dapat mempastikan siapa yang menjadi pemimpin yangmenguasai. Orang Islam atau bukan Islam. Pendek kata, hakikat perjanjian itu tidak jelas dan boleh menimbulkan pelbagai kemungkinan. Jika dalam perjanjian BN kita dapat mengetahui dengan jelas maksud daan tujuannya, perjanjian Pakatan Rakyat kabur dan tidak dapat ditentukan matlamat dan tujuannya. Dilihat daripada tulisan dan didengar daripada ucapan mereka tujuan utama ialah untuk menghancurkan UMNO dan untuk perubahan. Perubahan ke arah mana dan apakah corak baru perubahan itu. Semuanya masih tidak pasti. Oleh itu fikirlah sendiri