Antara Mendera dan Memberi Kesedaran

Di dalam dakwah, mencegah kemungkaran adalah salah satu dimensi yang penting, kerana kemungkaran itu ialah elemen-elemen kerosakan di bumi. Dimensi ini sama pentingnya dengan satu lagi dimensi dakwah iaitu menegakkan yang makruf. Kedua-dua dimensi ini, berkait antara satu dengan lain. Antara mencegah kemungkaran dan menegakkan makruf mempunyai pertalian. Yakni, apabila kemungkaran dicegah, kebaikan dapat ditegakkan dan apabila kebaikan dapat ditegakkan, kemungkaran dapat dicegah. Hasil yang positif ini berlaku jika adanya tindakan positif dan bijaksana di dalam dakwah.

Salah satu daripada tindakan positif dan bijaksana di dalam dakwah, ia memperkukuhkan jentera, memberi kesedaran dan bimbingan bagi menghapuskan kemungkaran supaya lebih kuat dan kukuh daripada jentera untuk mendera dan menghukum. Sekolah, keupayaan para da’ie, kegiatan memberi kesedaran, keinsafan dan bimbingan hendaklah lebih banyak daripada penjara dan undang-undang yang menentukan hukuman-hukuman terhadap mereka yang membuat kemungkaran.

Para da’ie tidak seharusnya mempunyai keinginan lebih keras untuk menghukum dan mendera daripada keinginan memberi bimbingan, mengasuh, mengajar dan sebagainya yang boleh menghapuskan sesuatu kemungkaran. Sifat Nabi s.a.w sebagai pembawa rahmat dan petunjuk hendaklah menjadi aspirasi di dalam membina keinginan ini. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hanya aku ini adalah rahmat dan petunjuk.”


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s