Wanita Tidak Boleh Berjaya?

Hari ini saya ingin membicarakan sedikit isu tentang kaum Hawa yang mungkin masih dibelenggu dengan pegangan lapuk yang mengekang mereka untuk maju menjadi seseorang. Mungkin ada yang boleh menerima, ada juga sebaliknya. Terpulang…kerana setiap orang punya fikrah sendiri.

Usaha membina keyakinan tentang peranan penting kaum wanita dalam perjuangan, tidak sahaja menghadapi hambatan keegoan lelaki, tetapi juga sering terhalang oleh kemoyokan wanita Islam sendiri. Ada di kalangan mereka terpedaya dengan seruan bahawa wanita Islam terjamin ke syurga, jika mengurung diri di rumah dan mematuhi segala kemahuan suami.

Syaikh Muhammad al-Ghazali dan Syaikh Yusuf Qardhawi menceritakan  adanya pendakwah yang memberi saranan berbahaya bahawa wanita Islam tidak keluar seumur hidupnya, melainkan tiga kali sahaja. Pertama keluar dari perut ibunya ke dunia, kedua keluar dari rumah ibu bapanya ke rumah suaminya dan ketiga ketika keluar dari rumah suaminya ke kubur.

Saranan ini menggerunkan, tetapi sebahagian kaum wanita akur kerana mengharapkan syurga daripada kehidupan terbelenggu ini. Mereka akur kepada larangan bersuara, tidak berkata apa-apa bila dilabel sebagai sumber segala kejahatan. Mereka membisu, walaupun hak-hak mereka dirampas orang.

Perilaku sebahagian para pendakwah memerangkap kaum wanita, membuka ruang kepada musuh.  Dengan mengandaikan kejayaan dalam persaingan untuk mengurung kaum wanita, menjadi  sebahagian penting kejayaan dakwah, telah memberi laluan kepada gerakan feminin Barat, menarik keluar wanita Islam dari agama dan budayanya, dengan alasan membebaskan wanita daripada penindasan  yang serba menjelikkan.

Terpedaya dengan slogan kebebasan wanita-wanita barat, mereka melepaskan tangan dari berpaut kepada akar-budaya dan agama sendiri. Seperti kelkatu yang tertawan kepada sinar neon, mereka hangus dalam kepanasan dan dihanyut arus deras peradaban dan kebudayaan asing yang menyesatkan.

Bersambung…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s