Bicara dengan Rakan dari Jama’ah Tabligh

Pertemuan dengan seorang teman dari Jama’ah Tabligh selepas solat Juma’at 1Mei lalu sungguh menarik. Suasana penuh ukhuwwah sambil menikmati teh tarik di Restoran Mamak di Seri Gombak.

Sebenarnya, beliau yang mengajak saya ke restoran tersebut untuk berbicara dengan saya. Pada mulanya saya menolak kerana tidak membawa wang. Tetapi beliau terus mengajak dan saya akur. Beliau bertanya kepada saya apakah kesilapan Jama’ah Tabligh di Malaysia. Saya berkata, kekurangan kefahaman mengenai Islam, khususnya dakwah. Beliau meminta penjelasan saya. Penekanan kepada aspek ritual sahaja dalam bicara dan dalam pergerakan sepanjang masa, menunjukkan berlaku ketidakfahaman itu. “Apa pula kekurangan dalam dakwah” beliau bertanya lagi.” Kurang berhikmah adalah kekurangan dakwah.”

Saya menjelaskan. “Ini ialah kerana mekanisma penting dalam dakwah ialah berdakwah dengan hikmah.” Kami berbicara panjang mengenai pelbagai perkara. Mungkin dua perkara yang saya sebutkan itu dapat menjadi renungan bersama. Saya menghormati kesungguhan rakan-rakan dari Jama’ah Tabligh berdakwah. Jika kefahaman mengenai Islam diperkukuhkan dan memberikan penekanan lebih kuat kepada penguasaan ilmu Islam, dan dakwah, saya yakin mereka akan bangkit sebagai pendakwah Islam sebenar yang mampu menyumbang untuk mangajak manusia mengingati Allah dan berjuang di atas jalan- Nya.

Apa pula pandangan anda?

mamak
Gambar diambil daripada http://www.gelanggangfoto.com

9 responses to “Bicara dengan Rakan dari Jama’ah Tabligh

  1. salam , saya bersetuju dengan jawapan dr itu. Banyak yang saya dengar tentang jamaah tabligh, terutamanya bab politik. Ada yang mengatakan mereka menolak politik dan menganggap politik itu kotor, wallah a’lam … mungkin Dr. boleh berbicara lebih lagi dengan sahabat dr. itu .. bagi merungkaikan seribu persoalan yang adakalanya menjadi suatu pertelingkahan diantara sesama muslim , sekian

    • pada pandangan saya tabligh tidak menolak politik…ramai juga org politik adalah org tabligh cuma mereka tidak begitu mahu menonjolkan diri sebagai org tabligh. dan org tabligh juga tidak menonjolkan diri sebagai penyokong kepada mana2 parti kerana medan tabligh adalah luas. lebih luas daripada sekadar sebuah negara. Pernah amir tabligh dunia di pakistan di offer untuk diberikan kerusi pemerintahan di Pakistan (dgn cara pilihanraya) maka di jawabnya kami bukan hendak memerintah Pakistan…kami dihantar ke seluruh alam..dan jika ditadirkan org dakwah menjadi khalifah ia adalah khalifah yg memerintah seluruh alam..

  2. Selagi kita beranggapan usaha dakwah ialah satu usaha membaiki orang lain bukan untuk membaiki diri sendiri selagi itulah kita melihat pergerakan usaha ini dari satu sudut yang silap. Bila ditanya kepada Moolana Ilyas kenapa perlu buat ini semua…kata nya ” saya mahu melihat tahap agama yang ada di zaman Nabi dan sahabah ada pada umat hari ini.

  3. Aye mosalman…..mosalman bano….
    (wahai orang islam jadilah orang islam yang sebenar)…….(Hadrat Moolana Ilyas)

  4. jemaah tabligh tidak berpolitik?
    itu lama punya cerita.
    la ni suma dah pangkah dah aih.
    alami lah sendiri.
    nak taw ikan 3rasa sdp ka x,makan la.
    jgn dok tenung.stgi lalat hurung,truih kata bukan2.

  5. hak2… ntahlah yang batil akan terhapus saya doa sendiri pernah gak ada pengalaman.. so far ok.. satu jer kalau benar tabligh ini xbenar ke sesat ke ape ke doa pencipta akan hapuskanya… namun pelik gak kat seluruh dunia diorang ada erk.. tapi xkesahlah sekurang2nye ada usaha nie.. paling koman semyang pun tak tinggal jadila… kadang aku pelik gak hak2.. aku fikir simple… jer xkesah sapepun ko.. kalau ko baca hadith ke quran ke hatta adik aku pun.. dengar je.. aku yakin titik itam dalam ati nie mesti sedikit ilang kan.. lagi satu aku xsuka berhujah… letih.. kalau boleh nak sume orang dalam dunia nie terlepas dari neraka Allah.. tue jer… xkira sape korang… korang sibok berhujah dalam dunia nie pasti ada orang yang bukan islam yang telah mati.. dan penyesalan xdapat sampaikan kebenaran… kits marah ngan orang kafir tapi kalau kita dapat ajak dia pada Allah kan best.. jom ar umur xpanjang kalau berhujah lagi… profesor habiskan kajian pu berapa keturunan… xkan nak mati dalam membuat kajian.. amal pun kadang2 xsmpai yang kita kajian pun.. contohlah tau solat malam banyak kelebihan.. tapi bape banyak yang buat.. itu pu kajian berbatalion xabis lagi amal gitu gak..

  6. Salam Datuk,

    Saya minta izin Datuk untuk bertanya perihal topik perbncangan ini:

    Apakah perkara baik yang kita boleh pelajari dari Jamaah Tabligh, khususnya dalam membangun gerakan dakwah yang kuat di dunia Islam khasnya di Malaysia?

    ( Huraian pertanyaan ):
    Jika mereka kurang kefahaman Islam dan kurang pula hikmah dakwah, apakah tidak menjadi tanggungjawab para ustaz untuk memperkasakan mereka dengan sewajarnya? Saya lihat sejak lama dulu, masyarakat Melayu Islam umumnya menjauhi Jamaah Tabligh atau bersikap acuh tidak acuh sahaja sedangkan mereka ( Jamaah Tabligh ) ini tidak jemu pula mendatangi masyarakat hatta ke rumah-rumah mereka. Apakah sebenarnya kita yang tidak mempunyai keinginan untuk mempelajari rahsia gerakan mereka lalu kita melabel mereka ini sebagai ” kurang ” dan kita tinggalkan mereka dalam dunia mereka sendiri dan kita cuma menjadi penonton semata-mata?

    Mohon maaf Datuk, mohon beri penjelasan.

  7. Dalam dituduh meninggalkan politik, dalam dituduh tidak pergi mengundi, dalam dituduh tidak hiraukan ekonomi pun saya lihat org tablighlah yg kehadapan di dalam dua-dua perkara ini. Contohnya, putera raja Qatar adalah org tabligh (yg bakal memerintah Negara Qatar). Presiden Sri Lanka pernah utk berikan tampuk pemerintahan kepada org Tabligh. Pilot peribadi Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah org Tabligh (yg selalu bercerita agama kepada perdana menteri Malaysia adalah org tabligh), Mursyidal AM PAS adalah tabligh (pernah keluar bertabligh dan berguru dgn org Tabligh). Guru Ustaz Azhar Idrus adalah org tabligh.Amir org tabigh adalah keturunan Abu Bakar As-siddiq R.Anhu – pemuda bani tamim juga. Pemilik bank Amanat di Sri LAnka adalah org tabligh. Ramai org tabligh juga yg jutawan dan pengurus kewangan syarikat2 korporat. Org tabligh juga yg terhandal dari kepakaran perubatan di Malaysia. Ramai akademician adalah dari org tabligh…dan lain-lain pencapaian yg org tabligh telah wujudkan. Cuma bezanya yg menuduh tabligh itu dan ini cumalah BOK BAK semata2..tapi org tabligh lebih suka keluarkan hasil / “action” daripada banyak berceloteh…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s