Mimpi : Islam dan Pemikiran Islam

Aku terjaga hari ini, 7 Mei 2009 lebih awal dari biasa. Terus mengadap komputar untuk menyemak dan membetulkan beberapa tulisanku. Kemudian, seperti biasa, aku mengadap Allah di malam penuh hening.  Menjelang fajar aku berehat dan terus nyenyak dibuai mimpi. Dalam mimpi tersebut seseorang menghuraikan mengenai Islam dan pemikiran Islam. Aku tidak mengenalinya namun aku tetap mendengar dengan penuh perhatian. “Islam ialah al-Quran dan Sunnah. Interaksi orang-orang berilmu dan berfikir dengan Islam membentuk pemikiran Islam.”

Katanya, “Interaksi kefahaman yang terpancar daripada ilmu dan pemikiran dengan petunjuk al-Quran dan huraian sunnah itu secara yang bagaimana untuk membentuk pemikiran Islam? Dia bertanya,” Adakah ia hanya sekadar pertautan secara mixture atau secara compound? Adakah pertautan itu hanya sebagai percampuran bahan-bahan seperti dalam membuat sagon atau sebatian seperti air (H2O)? Jika interaksi antara kefahaman dan petunjuk al-Quran dan ajaran Sunnah hanya sekadar mixture, pastinya pemikiran itu masih boleh dipersoalkan, walaupun sudah dinamakan sebagai pemikiran Islam. Namun, jika interaksi kefahaman dan petunjuk al-Quran itu meningkat kepada tahap sebatian atau compound, ia membentuk pemikiran Islam yang tidak boleh diperkecilkan nilai kebenarannya. Ia layak diterima sebagai pemikiran Islam yang sesungguhnya, yang boleh dijadikan sandaran dalam memahami dan menyelesaikan permasalahan yang dihadapi dan bimbingan dalam kehidupan. Tahap keilmuannya mantap dan jitu yang tidak mudah diperlekehkan atau dikatakan lapok dan sebagainya. Ilmu tetap ilmu, walaupun sentiasa menerima perkembangan dan perubahan.

Di sini, terdapat beberapa perbezaan antara ilmu yang bersifat nyata dan abstrak dalam menerima perkembangan dan perubahan. Ilmu yang bersumberkan wahyu, tidaklah semudah perkembangan ilmu-ilmu nyata, apabila hasil kajian dan percubaan diketahui. Ilmu-ilmu wahyu, bukan ilmu yang tertakluk kepada ujian. Ia lebih bergantung kepada kefahaman yang tepat dan mendalam terhadap mesej dan arahan yang disampaikan. Walaupun ada ketikanya, mesej itu difahami dengan berlatarbelakangkan pengetahuan dalam ilmu-ilmu yang nyata, tetapi, seperti yang disebutkan, tidak bergantung sepenuhnya kepada ilmu-ilmu tersebut.”

Mimpiku berakhir apabila dikejutkan oleh isteriku untuk menunaikan solat subuh. Mimpi itu membuatkan aku berfikir. Aku teringat kepada pandangan beberapa kalangan manusia yang memperlekehkan hasil-hasil ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam dan penghasilan ijtihad dalam ilmu feqah, kononnya sudah tidak releven lagi kerana semua kefahaman mengenai hukum harus berdasarkan kontektual. Malah perbendaharan ilmu Islam dalam pelbagai bidang yang diwarisi tamadun Islam, semuanya lapuk belaka. Ilmu bukannya seperti barangan usang yang dibuang ke bangkul sampah. Ilmu tetap hidup dan hasil-hasil ilmu dan pengetahuan terdahulu itulah yang menjadi asas kepada perkembangan ilmu terkini.

Mahukah anda berkongsi fikrah untuk menafsirkan maksud mimpi ini?

One response to “Mimpi : Islam dan Pemikiran Islam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s