JANGAN TANAM BENIH PRABHAKARAN DI NEGARA INI

Daripada memorandum Hindraf ke Kerajaan Britain sehingga tunjuk perasaan di jalanan, Hindraf berusaha membela kaum India di negara ini menerusi usaha memupuk kebencian. Dalam memorandum yang dihantar kepada kerajaan Britain, penuh dengan ungkapan menghina orang-orang Melayu. Dengan kata-kata penghinaan itu cukup untuk menimbulkan kebencian masyarakat India kepada orang-orang Melayu. Kebencian itu, terutamanya, tersemat di dalam diri pemimpin-pemimpin Hindraf yang menulis memorandum tersebut. Betapa hina dan jeleknya orang-orang Melayu pada pandangan mereka. Rasa jelek itu sudah tentu menyemarakkan rasa benci. Jika kandungan itu disebarkan kepada orang-orang Melayu, pasti menimbulkan kemarahan mereka.

Dahulu, penjajah British mendidik orang-orang Melayu memandang hina kepada masyarakat India. Saya pernah mendapat pendidikan penjajah semasa kecil. Dasar pendidikan British ialah mengasingkan ketiga-tiga golongan penduduk di negara ini; Melayu, Cina dan India dengan harapan, perseteruan mereka akan menyebabkan kesemua mereka bergantung dan mengharapkan pemerintahan British untuk memberikan perlindungan kepada mereka. Saya mempunyai pengalaman diasuh di sekolah Melayu zaman penjajah. Antara kandungan buku teks yang digunakan mengandungi saranan kebencian terhadap orang-orang India.
Mera Sami Mera Mutto
dua orang kuli hindu
pukul satu tengah hari
baru bangun cari kutu.

Masyarakat Cina dibentuk oleh penjajah untuk menjadi peniaga-peniaga dan menjadi agen pengedaran barangan British. Minda orang-orang Melayu dibina untuk menyokong perancangan British ini. Dalam buku teks berkenaan dimuatkan saranan berikut,
Buai laju-laju sampai balik sana
beli baju baru dari kedai Cina.

Orang-orang Cina dibantu bagi menguatkan kedudukan ekonomi mereka. Antaranya bantuan untuk memajukan ladang-ladang menanam lada dan membuka ladang-ladang getah, di samping ladang-ladang-ladang besar kepunyaan syarikat British.

Orang-orang Melayu dibentuk supaya menjadi petani cukup hidup. Tanah-tanah dilulus hanya sekadar menjadi pekebun kecil kelapa atau getah. Sekolah-sekolah menengah hanya didirikan di kawasan-kawasan bandar.Masyarakat Melayu tidak berpelung mendapat pendidikan, justeru kebanyakan mereka buta huruf.

Orang-orang Melayu telah memperjuangkan kemerdekaan hingga tercapai. Berkat pandangan luas pemimpin-pemimpin terdahulu dari orang-orang Melayu, Cina dan India, kebencian yang ditanam British ditukar dengan semangat kerjasama dan setiakawan antara pelbagai kaum. Kontrak sosial yang adil dan saksama dipersetujui dan dihormati. Kita hidup aman dan berjaya dalam masa lima puluh tahun kemerdekaan.

Adalah aneh dan dikesalkan Hindraf memulakan langkah menghidupkan kebencian yang dibelai dan dipupuk oleh British untuk mengekalkan kuasa mereka. Untuk tujuan apa kebencian ini hendak dihidupkan kembali? Untuk kepentingan siapa? Jika hasrat Hindraf untuk membela kaum India dan menegakkan keadilan untuk mereka, menabur dan menanam kebencian bukan jalannya. Keadilan tidak dapat ditegakkan menerusi jalan kebencian dan dendam. Dendam dan kebencian hanya akan memusnahkan diri sendiri. Orang India akan menderita jika semangat dan perjuangan Prabhakaran hendak disemaikan di sini. Fikir-fikirlah wahai kaum keturunan India. Di sini adalah Malaysia. Anda tidak mungkin menukar dan mencoraknya menjadi koloni India dengan acuan ketamadunan hindu, tanpa berhadapan dengan reaksi daripada orang lain. Reaksi yang mungkin merugikan masyarakat India dan memusnahkan kerukunan dan keharmonian hidup masyarakat berbilang kaum di negara ini.

One response to “JANGAN TANAM BENIH PRABHAKARAN DI NEGARA INI

  1. salam…
    saya amat bersetuju dgn pandangan datuk khususnya isu2 yang melibatkan HINDRAF… saya pun naik hairan juga, macam mana puak2 hindu ini boleh bertindak BIADAP terhadap kerukunan dan keluhuran undang2 di Malaysia. Seolah2 mereka ni yang lebih berkuasa atau seolah2 sistem perundangan didalam negara ini berada di bawah tapak kaki puak2 hindu ni… saya mengandaikan, puak2 HINDRAF ni dah hilang kewarasan…mereka lupa asal usul mereka…….
    Sepatutnya puak2 hindu atau HIDRAf yang tak reti nak berterima kasih ni…perlu dihumban balik ke negara asal mereka di INDIA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s