TAJDID DALAM DAKWAH

Perubahan adalah sunnatullah, yakni peraturan dan hukum perjalanan alam yang dicipta oleh Allah s.w.t. mengikut kuasa dan kehendak-Nya Yang Maha Suci. Alam dan semua perkara yang terdapat di dalamnya, sentiasa terdedah kepada perubahan. Tetapi, apakah yang berubah dan bagaimana perubahan itu berlaku? Tentunya, dengan adanya kepelbagaian dalam alam ciptaan Allah s.w.t. ini, tidak mungkin kita memberikan jawapan menyeluruh kepada persoalan ini. Dalam hubungan ini, saya mahu menumpukan kepada perubahan yang berlaku dalam agama Islam dan beragama, iaitu dalam aspek yang melibatkan interaksi antara pemeluk agama Islam dengan ajaran-ajaran Islam yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Sunnah.

Perubahan dalam agama

Perkara yang amat nyata dalam agama Allah s.w.t. sejak Nabi Adam sehingga rasul terakhir, Nabi Muhmmad s.a.w., perubahan berlaku dalam syariat yang diturunkan kepada nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutus. Tetapi tidak berlaku perubahan agama dalam aspek akidah di mana semua nabi dan rasul membawa risalah tauhid dan mengajak manusia supaya beribadah kepada Tuhan Yang Satu. Tetapi di dalam syariat, berlaku perubahan yang nyata. Syariat yang diturunkan kepada rasul-rasul itu tidak sama dan berubah-ubah di kalangan rasul-rasul itu.

Satu lagi dimensi yang perlu diperhatikan, terdapat hubung kait antara agama Islam dan hukum-hukum yang tedapat di dalamnya, dengan sunnatullah yang merupakan hukum-hukum dan peraturan yang menguasai perjalanan semulajadi alam ini. Tetapi hukum-hukum yang terkandung di dalam sunnatullah tidak berubah. (…dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi sunnatullah itu) al-Ahzab 33:62. Bagaimanapun, hukum-hukum tersebut boleh disusun semula, menerusi keupayaan yang diberikan oleh Allah s.w.t. dalam ilmu pengetahuan. Bahan-bahan yang terdapat di dalam alam ini, boleh disusun semula, umpamanya disusun kadarnya, dikaji dan difahami susunan DNA dan disusun kembali susunannya. Bahan-bahan yang disusun berubah menjadi benda baru. Bahan-bahan dan unsur-unsur yang terdapat di dalam alam ini boleh dicerakinkan dan disusun kembali bagi menghasilkan benda yang baru. Ini juga menjadi sebahagian daripada sunnatullah. Alam ini, ditentukan oleh Allah sebagai sesuatu yang boleh difahami dan diolah kembali. Ia boleh dibangunkan dan dikembangkan dengan pengetahuan dan usaha gigih manusia. Keadaan alam seperti itu, membolehkan ia dibangunkan. Sedangkan pembangunan bumi ini menjadi salah satu tugas manusia sebagai khalifah.

Realiti yang disebutkan itu, menunjukkan betapa pentingnya perubahan. Oleh kerana perubahan adalah penting, manusia mesti menanganinya dan mengurus perubahan itu dengan bijaksana. Dalam hal yang melibatkan agama dan beragama, terdapat dimensi agama dan beragama yang tetap dan yang berubah atau berkembang. Ajaran agama yang berkaitan dengan keimanan terhadap kewujudan Allah Yang Maha Esa, terdapat di dalam, dimensi tetap dan dimensi yang berubah dan berkembang. Kemestian beriman kepada wujudnya Allah Yang Maha Esa, tidak berubah. Tetapi keyakinan terhadap kewujudan itu berubah. Sebagaimana saranan di dalam ilmu Tauhid, bahawa iman itu bertambah dan berkurang. Namun apa jua status keimanan itu, kemestian beriman kepada Allah adalah suatu yang tetap dan tidak berubah.

Di dalam contoh yang disebutkan tadi, kemestian beriman kepada Allah itu adalah merupakan dimensi agama yang tidak berubah-ubah dan tetap sebagaimana yang dinyatakan dengan jelas dalam al-Quran. Tetapi keyakinan manusia terhadap ajaran mengenai kewujudan Tuhan itu adalah dimensi beragama yang terdedah kepada perubahan. Sama ada perubahan itu terarah menuju kekuatan iman atau kekurangannya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s