NGO ISLAM : SUARAKAN PANDANGAN ANDA!

Pada 23 Mei ini, satu seminar telah dianjurkan oleh Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) bagi membincangkan mengenai 1 Malaysia dan kedudukan Melayu dan Islam dalam masyarakat majmuk di negara ini. Mengenai perkara pertama, umum mengetahui bahawa cita-cita menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang rakyatnya bersatu padu, adalah cita-cita yang diidamkan sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Tetapi negara bersatu itu harus dibina dalam acuan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan negara ini. Teras kepada acuan budaya, cara hidup dan tamadun negara ini ialah acuan kemelayuan dan keislaman. Konsep 1 Malaysia yang dikemukakan tidak boleh lari daripada persetujuan dalam kontrak sosial yang dipersetujui dan dimeterai dalam Perlembagaan Negara.

Memang, sekarang ini ada kecenderungan dan desakan supaya kontrak sosial itu diubah dan negara ini hendaklah dibangunkan berdasarkan acuan yang dibina di atas faham liberal, tetapi sejauh manakah desakan itu sesuai? Dengan perkataan lain, acuan kebaratan yang diperjuangkan itu adakah menjamin kemakmuran dan kesejahteraan hidup kita? Sedangkan acuan itu telah menunjukkan berlaku kepincangan dan kegetiran hidup kemanusiaan di Barat sendiri yang telah mencapai kemuncak pembangunannya. Hasil pembangunan yang pesat itu, ternyata melahirkan masyarakat Barat yang pincang akibat daripada pelbagai sebab. Adakah kita akan mengulangi kepincangan kemanusiaan yang sama, apabila pembangunan negara ini mencapai kemuncaknya, jika acuan yang digunakan adalah acuan tirun daripada Barat. Lagipun, salahkah jika kita membangunkan negara ini mengikut acuan kita sendiri? Mengapa kita harus memilih jalan orang lain dan menggemari cara hidup orang lain, sedangkan cara hidup kita sendiri adalah lebih sesuai dengan jiwa kita dan cita-cita pejuangan kita.

Ruang yang disediakan menerusi seminar itu, diharapkan akan dapat digunakan oleh NGO-NGO Islam untuk menyuarakan pandangan mereka secara objektif dan lantang. Sudah tiba masanya bagi NGO-NGO Islam tampil ke hadapan dengan berani bagi mempertahankan acuan pembangunan negara ini. Acuan yang telah ditetapkan itu adalah paling sesuai dengan kedudukan negara kita dalam kawasan dunia Melayu dan Islam yang mempunyai jumlah penduduk Islam yang terbesar di dunia.

Acuan kemelayuan dan keislaman yang menjadi teras kepada acuan pembangunan negara ini, mungkin dikatakan tidak sesuai, kerana masyarakat di negara ini adalah masyarakat majmuk. Aguman sama mungkin juga digunakan untuk membantah usaha mencorakkan negara ini dengan acuan kehinduan dan kebudhaan. Bahkan alasan yang sama boleh digunakan untuk menolak usaha membaratkan negara ini dan menjadikan pembaratan sebagai acuan pembangunaan dan pembinaan budaya dan akhlak masyarakat.

Bagaimanapun teras kemelayuan dan keislaman itu tidak pula dipraktiskan dengan cara statik dan fanatik. Elemen-elemen kebaikan dan kebenaran daripada mana sahaja boleh diterima untuk memperkayakan pembangunan budaya dan cara hidup masyarakat kita. Terutama untuk dihayati oleh kaum-kaum bukan Islam di negara ini yang mengamalkan ajaran-ajaran agama mereka. Bagi orang-orang Islam, pendirian yang terbuka dan anjal dalam agama Islam itu sendiri, memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan agama dan budaya daripada luar. Dari segi kehidupan beragama, Islam berpegang kepada prinsip “Bagi kamu agama kamu dan bagi aku agamaku.”

Acuan keislaman dan kemelayuan bagi pembinaan tamadun negara ini, tidak menyekat bangsa-bangsa lain mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing. Bahkan acuan itu tidak menghalang orang-orang bukan Islam berusaha mencapai kemajuan dan kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan. Jadi, acuan tersebut tidak menjejaskan kepentingan untuk rakyat hidup dengan maju, aman dan sejahtera.

3 responses to “NGO ISLAM : SUARAKAN PANDANGAN ANDA!

  1. Salam…datuk,
    Apakah suara-suara, pandangan dan saranan dari NGOs itu nanti bakal dipersembahkan atau di angkat ke peringkat atasan dlm pentadbiran negara. Biasanya yg saya lihat, dlm bnyak2 seminar, forum-forum atau mana-mana pun perhimpunan…deklerasi atau usul-usul yang cuba diketengahkan oleh khalayak kurang mendapat perhatian dari pihak atasan…
    Kebiasaannya…usul dari pembentang dan saranan dari pihak peserta…banyak terbiar sebegitu sahaja….
    Diharapkan…perhimpunan atau forum yg dianjurkan ini…patut di ambil perhatian oleh pihak Datuk dengan sepenuhnya….wassalam..

  2. Dear Hj Datuk Haji Mohd Nakhaie Haji Ahmad
    Aslamualikum
    I am an Iraqi citizen who lived before in Malaysia, and now returns back to my own country. I would like to thank you very much for the Arabic website in YADIM, where we can continue having news from the lovely country Malaysia. Thank you again Datuk
    Waslamualikum w.w.b.

    S. Alhabib

    • Malay perverb says “Rain of rock in my own country is much more better than rain of gold in other’s counry”. I appriciat your good feeling about Malaysia. What have been achived by Malaysia is a grace of Allah s.w.t. How good Malaysia is, Iraq should be more important to you and I am happy that you have chosen to return to you country. Do something ti develope your country and to make it better for the good of your people. If your are ready to secrifice for that, I am sure you will be shahid. Nakhaie

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s