Dal.Ain.Waw.Ta’

Ramai orang yang berbicara tentang dakwah dan topik tentang dakwah ini tidak akan berakhir kerana dakwah adalah tanggungjawab setiap manusia di dunia ini. Saya sengaja mahu membawa topik ini kerana mahu sentiasa mengingatkan diri dengan amanah tersebut.

Dakwah ialah mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t. Allah berfirman yang bermaksud : Katakan wahai Muhammad, inilah jalanku, aku mengajak ke jalan itulah dengan kesedaran, aku dan sesiapa yang mengikut aku.

Mengajak ke jalan Allah s.w.t ialah mengajak kepada agama-Nya iaitu Islam, Justeru agama Allah itu ialah Islam. Allah berfirman yang bermaksud: Sesungguhnya agama pada Allah ialah Islam.

Hanya Islam, agama Allah, yang dibawa oleh semua pesuruh Allah dan pegangan semua nabi-nabi Allah s.w.t . Siri-siri ajaran agama Allah yang diutus menerusi rasul-rasul, disudahi dan dilengkapkan dengan kedatangan Nabi Muhammad sebagai utusan Allah yang terakhir. Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sebagai risalah atau mesej yang terahkir inilah yang menjadi subjek dan kandungan ajaran yang hendak diajak kepadanya.

Kepada Islam kita hendak mengajak seluruh manusia, supaya memahaminya, yakin kepadanya dan menerimanya sebagai agama dan cara hidup.

Orang yang patut menjadi sasaran dakwah ialah manusia seluruhnya. Ini kerana Islam diturunkan untuk menyebar dan menegakkan rahmat kepada semua manusia. Ia bukan agama yang dikhaskan kepada orang Arab sahaja. Ia adalah untuk semua manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : Dan Aku tidak utuskan engkau, wahai Muhamad melainkan untuk semua manusia, dengan memberi khabar gembira dan peringatan.

Rasulullah s.a.w ialah pendakwah pertama yang menyampaikan ajaran Islam kepada manusia. Kemudian orang-orang yang beriman dan menerima Islam, dan pengikut baginda membantu baginda menyampaikan ajaran Islam. Seterusnya para ulama dan pendakwah yang berikutnya. Ajaran Islam terus disampaikan sambung-menyambung oleh para pendakwah hingga ke hari ini.

Di dalam menyampaikan ajaran Islam dan berdakwah kepadanya, Rasulullah s.a.w menggunakan cara-cara dan kaedah tertentu, supaya ajaran Islam mudah difahami dan diterima oleh manusia. Kaedah cara dan methodologi dakwah itu dinyatakan di dalam Al-Quran dan sunnah Nabi s.a.w.

Daripada dakwah yang dilaksanakan oleh Rasulullah s.a.w , kita dapat menyimpulkan rukun dakwah itu terdiri daripada empat perkara:

1. Tajuk atau perkara yang hendak didakwahkan
2. Pendakwah
3. Sasaran dakwah, yakni siapa orang yang hendak didakwahkan
4. Cara, kaedah dan methodologi dakwah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s