Perkara utama yang hendak disampaikan mengenai Islam zaman ini

Di zaman ini kita berhadapan dengan dua masalah besar, di dalam usaha kita mengajak ke jalan Allah s.w.t.  Kedua-dua masalah besar itu ialah syirik iaitu kepercayaan menyekutukan Allah s.w.t dan jihad atau athies iaitu kepercayaan yang menafikan adanya Tuhan.

Kepercayaan syirik didokong oleh agama-agama seperti Kristian, Hindu, Buddha dan lain-lain.  Sebagaimana kita maklumi, gerakan Kristian bergerak cergas mempengaruhi manusia dan disokong oleh kekuatan ekonomi dan teknologi yang canggih, serta program-program kebudayaan, perfileman dan pendidikan.

Selain daripada gerakan Kristian, cabaran lebih besar dihadapi, manusia ialah ancaman athies atau mulhid, yang mengembangkan kefahamannya menerusi pelbagai cara.  Sebahagian daripada buku-buku sains yang ditulis oleh ahli-ahli Sains yang berpengaruh mempunyai unsur kepercayaan menafikan adanya Tuhan.

Gerakan yang amat berpengaruh di dunia hari ini termasuk di negara-negara Barat ialah gerakan Zionist, yang menjadi wadah Yahudi untuk merosakkan manusia.  Gerakan ini, tidak bertujuan mengajak orang kepada agama Yahudi, tetapi tujuannya ialah merosakkan pegangan agama masyarakat bukan Yahudi, membawa kepincangan dalam akhlak dan pelbagai kerosakan yang lain, untuk mereka menguasai dunia.

Justeru, mesej utama yang hendak disampaikan ialah kebenaran ajaran tauhid.  Kekuatan ajaran ini, terletak kepada kebenarannya, keindahannya dan keyakinan yang terpancar daripadanya membuat ketenangan dan kepuasan kerana ia memberi jawapan yang tepat kepada pelbagai persoalan mengenai manusia dan kehidupannya serta alam sekelilingnya.  Daripada mana asalnya kenapa dan ke mana kesudahannya.

Kepercayaan syirik adalah cetusan kepada pemikiran kebudakan dari warisan kepercayaan primitif.  Sedangkan kepercayaan atheis adalah akibat  daripada kesesatan kerana pergantungan hanya kepada kebolehan akal rasional semata-mata, tanpa bimbingan dan petunjuk.  Lagipun permulaan di dalam perkembangan faham ini, akibat pertentangan antara ilmu dan gereja.  Pertentangan seumpama itu, tidak berlaku antara Islam dan ilmu pengetahuan.

One response to “Perkara utama yang hendak disampaikan mengenai Islam zaman ini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s