SIFIR ROH-AKAL-FITRAH

Generasi awal Islam telah diakui sebagai umat terbaik yang dicipta untuk memimpin manusia ke arah kebaikan menerusi pembentukan tamadun yang mempengaruhi kehidupan manusia dan menjadi kuasa dominan di dunia. Dengan berasaskan tauhid, sistem Islam dan tamadunnya mengatur kehidupan yang membawa rahmat kepada seluruh alam. Zaman awalan Islam bukan sahaja zaman gemilang untuk Islam bahkan untuk kemanusiaan seluruhnya.

Islam di zaman awalan bukan sahaja kerana keunggulan risalahnya tetapi juga keupayaannya membina kekuatan yang menjadikannya penentu bagi sesuatu natijah sejarah. Natijah daripada peristiwa sejarah ditentukan oleh kekuatannya untuk mara ke hadapan dan menguasai bumi dan keadaan. Ketinggian risalah dan kekuatan mara ke hadapan untuk menguasai bumi dan situasi, menjadikan umat Islam awalan sebagai umat terbaik.

Menurut Malik bin Nabi, sifir yang meletakkan masyarakat Islam awalan berada di kemuncak ketinggian ialah roh-akal-fitrah yang bermaksud bahawa asas pembentukan tamadunnya merupakan adunan potensi roh, akal dan fitrah manusia di mana roh berada pada kedudukan menguasai akal dan fitrahnya sementara akal berada pada keadaan yang aktif dengan kebijaksanaan semulajadi yang berfungsi mengikut perintah akalnya. Inilah faktor pembentukan tamadun luhur yang menjadikan masyarakat Islam awalan sebagai khaira ummah.

Faktor tersebut tidak berlaku dengan sendiri tetapi hasil daripada jihad dan kesungguhan manusia yang digerak dan disedarkan dengan kedatangan seorang rasul yang membawa petunjuk daripada Allah s.w.t. Dengan petunjuk wahyu tersebut, roh, akal dan fitrah manusia yang tersusun digerakkan sehingga berlaku perubahan akar umbi ke atas kehidupan bangsa Arab yang mundur itu dan mara ke hadapan membawa obor tamadun yang tinggi meskipun dalam keadaan sumber yang sangat terbatas pemberian muka bumi yang kering kontang.

Potensi roh berada di hadapan, diikuti dengan akal dan fitrah dalam kemaraan umat Islam merubah dunia untuk menegakkan tamadun kemanusiaan yang luhur tetapi apabila sifir kemaraan itu berubah kemudiannya dengan akal mengetuai kemaraan itu, tamadun Islam bergerak ke hadapan dalama keadaan mendatar dan tidak lagi menegak. Sifir kemaraan terus berubah dan fitrah mula mengambil tempat dalam sejarah perkembangan tamadun umat Islam. Ketika inilah bermulanya proses menuju kemunduran dan kejatuhan.

Menurut Malik bin Nabi lagi, masyarakat Islam yang menghadapi proses kemunduran itu membentuk keadaan Qabiliyyah lil Istikmar, lama sebelum kedatangan penjajah menakluki dunia Islam. Persediaan dunia Islam untuk dijajah berlaku setelah tamadunnya makin bertambah pudar akibat kehidupannya yang telah berubah sifirnya daripada roh-akal-fitrah kepada fitrah-akal-roh. Kedatangan penjajah hanya melengkapkan proses keruntuhan yang berlaku itu.

Keruntuhan tamadun Islam memberi kesan yang besar kepada kehidupan masyarakat Islam. Begitu juga dengan penjajahan dan kemaraan tamadun Barat yang melanda masyarakat Islam.

3 responses to “SIFIR ROH-AKAL-FITRAH

  1. manusia menghayati alam semesta untuk menyembah kesempurnaan kewujudan Tuhan Yang Maha Esa yang mencipta alam semesta dengan kudrat iradat ilmu dan hayatnya. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s