KEMAHIRAN MENGURUS NAFSU

Kepelbagaian masalah yang timbul dalam kehidupan ini tidak pernah berhenti. Masalah tersebut perlu ditangani dengan bijaksana oleh setiap makhluk bernama manusia. Justeru, lahirlah pelbagai kemahiran sebagai panduan kepada manusia untuk menyelesaikan setiap kemusykilan yang ada. Terdapat pelbagai kemahiran yang boleh ditelusuri dan diladeni seperti kemahiran berfikir, kemahiran membuat keputusan, kemahiran mengurus emosi dan kemahiran mengurus tekanan. Namun, pernahkah anda terfikir tentang kemahiran mengurus nafsu?

Nafsu manusia merupakan potensi kemanusiaan yang unik, kerana ia merupakan kekuatan yang  boleh menghasilkan kesan positif dan negatif untuk kehidupan manusia. Tanpa nafsu, manusia hidup tanpa bermaya dan perkembangan hidup menjadi jumud. Tetapi nafsu yang menyuntikkan gerakan manusia yang agresif itu, mungkin menghala ke arah kebaikan dan kejahatan, terpulang kepada bagaimana manusia mengurus diri dan kehidupannnya. Satu lagi potensi kemanusiaan yang unik ialah nafsunya yang terbentuk daripada pelbagai naluri seperti naluri ingin tahu, ingin berkuasa, ingin memilik termasuk naluri kejantinaan yang mengembangkan zuriat manusia supaya tidak pupus.

Allah s.w.t. mencipta manusia dan melengkapkannya dengan potensi kemanusiaan yang unik. Manusia dilengkapkan dengan akal dan kebolehan berfikir. Dengan potensi berfikir ini, manusia mampu menjana kekuatan ilmu pengetahuan dan mengembangkannya dalam pelbagai bidang. Manusia juga dilengkapkan dengan anggota-anggota yang boleh dilatih dengan pelbagai kemahiran. Dengan kemahiran anggota-anggotanya, manusia mampu melaksanakan pelbagai kerja yang membolehkannya membina peradaban dan tamadun di bumi ini.

Akal fikiran yang mengumpul pelbagai pengertian dan istilah serta konsep, tidak berhasil apa-apa sekiranya manusia tidak mempunyai keinginan. Ilmu pengetahuan tidak berkembang tanpa keinginan mengetahui yang agresif. Negara akan terbiar tidak ditadbir dan diperintah, tanpa naluri ingin berkuasa. Seterusnya, kekayaan dari hasil alam yang banyak ini, tidak akan diterokai sekiranya tiada naluri ingin memilik.

Walau bagaimanapun, nafsu memerlukan pengurusan yang bijak, supaya kekuatan nafsu itu dapat digunakan  bagi menjayakan sesuatu yang  baik dan berguna untuk kehidupan yang sejahtera. Masyarakat di zaman ini dikatakan bertambah maju. Namun mengapakah perbuatan mungkar dan jenayah menjadi-jadi? Pembunuhan berlaku saban hari. Rasuah berleluasa dan perbuatan rogol juga seringkali berlaku. Mencuri, menyamun dan pelbagai jenayah yang lain juga seringkali diberitakan di dada akhbar. Kematian akibat kemalangan di jalan raya juga berlaku dengan mengorbankan banyak nyawa.

Kepincangan yang terjadi, kebanyakannya, akibat nafsu sehingga kemalangan di jalan raya juga berpunca daripada kegagalan mengawal nafsu teregesa-gesa, mementingkan diri sendiri dan lain-lain.

Jika dalam sistem pendidikan telah memberikan penekanan kepada perkembangan akal dengan melatih generasi untuk berkreatif dan membina pelbagai kemahiran untuk kehidupan yang sempurna, mengapakah sistem pendidikan itu tidak dilengkapkan supaya melatih kemahiran untuk mengawal nafsu. Akal, anggota dan nafsu yang membentuk potensi kemanusiaan yang unik, perlu diberikan bimbingan dan latihan yang secukupnya supaya mencapai kematangan yang sempurna.

2 responses to “KEMAHIRAN MENGURUS NAFSU

    • Banyak tindakan kita yang didorong oleh nafsu. Kita sahaja yang tahu bagaimana cara untuk mengawal nafsu tersebut. Kalau elok kawalannya, eloklah natijahnya. -admin-.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s