Soal dan Tanya Tentang DAKWAH

Apakah bentuk hubungan antara Allah dan manusia, apakah tanggungjawab manusia terhadap Allah yang terdapat di dalam ajaran Islam?

Setelah mengenali Allah menerusi konsep tauhid, apa yang perlu disampaikan ialah mengenai kedudukan manusia dan tanggungjawabnya.

Perlu sekali disampaikan bahawa manusia ialah hamba kepada Allah s.w.t   dan bukan hamba kepada yang lain daripada Allah s.w.t kerana Allah s.w.t yang mencipta manusia.  Tetapi, kerana pengaruh syirik, manusia memesongkan diri sendiri, sehingga tidak lagi menyedari hakikat dirinya hamba kepada Allah.  Justeru kesesatan itu, ia menjadikan dirinya hamba kepada benda, hamba kepada sesama manusia, hamba kepada kuasa-kuasa misteri dan sebagainya.  Kewajipan pendakwah ialah mengembalikan status manusia supaya menjadi hamba kepada Allah s.w.t

Setelah seseorang itu sedar bahawa ia seharusnya, tidak membiarkan dirinya menjadi hamba kepada yang lain daripada Allah dan ia hanya wajar menjadi hamba kepada Allah, ia hendaklah diberitahu dengan jelas cara-cara merealisasikan hakikat perhambaan dirinya kepada Allah s.w.t.

Bagaimanakah cara yang diajar oleh Islam yang membolehkan seseorang itu merealisasikan hakikat perhambaan dirinya kepada Allah s.w.t?

Allah s.w.t memerintahkan supaya kita mengikut Nabi Muhamad s..a.w bagi merealisasikan hakikat perhambaan diri kepada Allah s.w.t.  Allah s.w.t berfirman:

Ertinya :  Katakan wahai Muhammad, jika kamu kasihkan Allah s.w.t maka ikutlah aku, nescaya kamu dikasihi Allah s.w.t.

Allah s.w.t. juga berfirman:

Ertinya:  Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w itu teladan yang baik, bagi sesiapa yang mengharapkan Allah dan hari akhirat.

Apakah jalan atau tariqat  yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w bagi membolehkan seseorang merealisasikan hakikat perhambaan dirinya kepada Allah s.w.t?

Langkah pertama ialah membina kehendak dan keinginan dirinya menjadi hamba kepada Allah s.w.t dan keinginan dan kehendak membebaskan dirinya daripada menjadi hamba kepada yang lain daripada Allah s.w.t.  Yang lain daripada Allah s.w.t itu, adalah semua perkara sama ada berbentuk benda atau roh atau khayalan atau manusia, kedudukan nafsu dan sebagainya.  Seseorang mestilah membina kehendak dan keinginan untuk bebas daripada menjadi hamba kepada semua perkara itu, dan membentuk keinginan di dalam dirinya untuk menjadi hamba hanya kepada Allah s.w.t

Untuk membina kehendak ini, sampaikan mesej Allah s.w.t  sepertimana yang disampaikan oleh Rasulullah s.a.w mengenai khabar gembira dan peringatan-peringatan Allah kepada hambanya.

Bisikanlah kepada diri sendiri bahawa Allah s.w.t Maha Pemurah dan mengasihi hamba-Nya, dan sampaikanlah kepada orang lain bahawa Allah mengasihi mereka dan amat pemurah hati terhadap mereka.  Bisiklah kepada diri sendiri dan sampaikan kepada orang lain bahawa Allah Maha Pengampun dan Penyayang.  Walau sebenar mana sekalipun dosa hamba, jika ia memohon ampun kepada Allah, Allah akan memberi keampunan kepadanya.

Bisiklah ke dalam hati dan sampailah kepada orang lain, bahawa alam ini kesemuanya, termasuk diri kita dan sesiapa sahaja tidak akan hidup melainkan kerana belas kasihan dan kemurahan Allah belaka.

Katakanlah kepada diri sendiri dan sampaikan kepada orang lain, bahawa Allah s.w.t yang memberi rezeki kepada hambanya dan bukan kita yang memberi rezeki kepadanya.  Umpamanya Allah swt menyediakan udara untuk manusia bernafas dan disediakannya secara percuma sahaja, dengan mudah.  Di mana-mana sahaja terdapat udara yang diperlukan itu.  Allah s.w.t menurunkan hujan yang dengannya tumbuh segala macam tumbuh-tumbuhan yang menjadi rezeki kepada manusia.

Katakanlah kepada diri sendiri dan sampaikan kepada orang lain, bahawa tujuan hidup ini bukan untuk mengumpul harta, bukan untuk mendabik dada, bukan untuk dipandang hebat, bukan untuk menjadi manusia berkuasa dan gagah perkasa.  Bukan itu semua yang menjadi tujuan dan matlamat hidup.

Harta benda dicari dan dikumpul untuk dibelanjakan ke jalan Allah kerana hidup ini bertujuan mencari keredaannya.  Kuasa dicari untuk dimanfaatkan bagi menegakkan agama Allah s.w.t.  Kedudukan dicari untuk mendapat pengaruh yang memudahkan usaha mendaulatkan agama Allah s.w.t.  Segalanya itu adalah jalan dan alat untuk menuju ke jalan Allah s.w.t

Ahli-ahli kerohanian berkata “Sesiapa yang berkehendak, tidak mempunyai kehendak”,  Apa ertinya ungkapan ini?

Yang dimaksudkan oleh mereka ialah bahawa kehendak manusia itu sering dipengaruhi dan dibentuk oleh kehendak adat dan kebiasaan masyarakat sekeliling.  Apa yang dipandang sebagai matlamat oleh masyarakat itulah yang menjadi kehendak anggotanya.  Adat dan kebiasaan masyarakat memandang tinggi orang berharta, memuliakan orang berpangkat dan mempunyai kedudukan dan sebagainya.  Kehendak manusia, sering dibentuk oleh kebiasaan dan adat ini.  Orang yang hendak menuju ke jalan Allah s.w.t mestilah bebas daripada kehendak yang dibentuk adat dan kebiasaan ini.  Jadi, dia tidak mempunyai kehendak seumpaman ini.  Kosong dirinya daripada kehendak yang dibentuk oleh adat dan resam masyarakat.  Sebaliknya kehendaknya hanyalah untuk Allah s.w.t, walaupun ia berpangkat yang dimuliakan orang, berharta yang dihormati orang dan berkuasa yang digeruni orang.  Semuanya itu, tidak menjadi kehendak di dalam dirinya.  Dia hanya berkehendakkan keredaan Allah s.w.t

Dengan mempunyai kehendak sahaja seseorang akan dapat meneruskan perjalanan menuju jalan Allah s.wt.  Tanpa kehendak, sukar bagi seseorang meneruskan perjalanan menuju Allah dan merealisasikan hakikat perhambaan dirinya kepada Allah s.w.t.  Ia akan terus kekal dibelenggu ikatan menghambakan diri kepada yang lain daripadanya.  Jiwanya terus gelisah, kehidupannya tidak tenang, apa yang dimiliki tidak bermakna, dan ia kehilangan kebebasan jiwa dan diri.

mesyuarat

Apakah langkah berikutnya, setelah memiliki keinginan dan kehendak menuju ke jalan Allah s.w.t bagi merealisasikan hakikat perhambaan dirinya kepada Allah s.w.t?

Langkah seterusnya ialah membersihkan kepercayaan tauhidnya daripada sebarang bentuk syirik.  Kalimah syahadah yang dilafazkan merupakan pernyataan mengenai tauhid.  Justeru untuk mendapatkan pengertian tauhid, pernyataannya di dalam syahadah mestilah difahami.

Ertinya:       Aku mengaku bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t.

Di dalam syahadah itu, terdapat dua pengertian asas dan tauhid, iaitu keesaan dari segi ketuhanan, yakni Allah s.w.t sahaja sebagai Tuhan.  Tiada yang lain yang dapat diterima sebagai Tuhan.  Kedua, Keesaan dari segi peribadahan, yakni, hanya Dialah sahaja yang layak disembah dan diibadahkan.  Tiada apa pun selain daripada Allah s.w.t  yang layak disembah dipuja dibesarkan dan didewa-dewakan.

Pengertian asas tauhid yang pertama dinamakan tauhid Rububiyyah dan pengertian asas yang kedua dinamakan tauhid Uluhiyyah.  Daripada kedua-dua pengertian asas itu dapat diungkapkan seperti berikut, bahawa Allah s.w.t adalah yang Tunggal yang hanya Dia sahaja Tuhan yang sebenarnya dan hanya dia yang layak disembah, dipuja dan didewakan.  Tiada apa pun selain daripadanya yang boleh dipercayai sebagai Tuhan dan tiada apa pun selain daripadanya yang boleh disembah sebagai Tuhan.

2 responses to “Soal dan Tanya Tentang DAKWAH

  1. Yang penting dalam dakwah kita terlebih dahulu menghayati sifat Rasullah saw ia itu sidiq, amanah, tabliq dan fathonah. Kebijaksanaan adalah penting untuk menyampaikan amanah kenaran dariNya.
    Kebenaran itu hanya hak Allah swt yang dinyatakan menerusi al Quraan yang diwahyukan kepada Nabi saw. Sukar mencari manusia yang ingin menjadi hamba, kebanyakannya ingin menjadi wali. Pakcik hanyalah seorang dukun asmara yang hanya menyampaikan ilmu pengetahuan dengan gaya yang tersendiri, jika ingin mengunjungi cuma;
    klik disini> http://pakcikli00.wordpress.com/
    terima kaseh.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s