TAUHID RUBUBIYYAH dan TAUHID ULUHIYYAH

TAUHID RUBUBIYYAH

Allah s.w.t ialah sumber segala yang ada dan semua yang lain daripada Allah s.w.t adalah kejadian  Allah s.wt.  Dia adalah Tuhan seluruh alam yang sebenanrya.  Tiada Tuhan selain daripadanya.  Dia yang mencipta. Dia yang menghidup dan mematikan segala kehendak dan perintahnya akan berlaku ke atas semua makhluknya.  Semua kekuasaan adalah miliknya. Dialah yang memberi kerajaan kepada sesiapa yang ia suka dan menariknya daripada sesiapa yang ia suka.  Dialah yang berkuasa memberi manfaat dan mudarat.  Dialah yang memberi segala pemberian dan menghalang pemberian.  Semua yang lain daripada Allah s.w.t bergantung kepadanya dan memerlukan-Nya sepenuhnya.

Sifat Rububiyyah Allah ini, dibuktikan daripada kejadian alam ini.  Kejadian alam adalah manifestasi daripada kewujudan Tuhan yang Esa.  Kewujudan dan keesaannya menjadi lebih terserlah apabila alam dikaji dengan lebih teliti.  Peredaran siang dan malam, kewujudan langit dan bumi, dan segala yang terkandung di dalam keduanya, memperlihatkan adanya sistem perjalanannya yang rapi dan tersusun lengkap.  Semuanya itu menunjukkan adanya Pencipta yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana.

TAUHID ULUHIYYAH

Oleh kerana Allah s.w.t sahaja Tuhan yang sebenarnya, dan dia sahaja yang mencipta alam ini, Dia yang memilikinya dan semuanya kepunyaannya belaka, Dialah sumber kewujudan segala-galanya, maka hanya Dia sahaja yang layak disembah.  Hanya kepada Allah s.w.t sahaja manusia memberikan ibadahnya.  Kepada-Nya manusia menumpukan peribadahan tanpa sekutu dengan yang lain, kerana yang lain tidak layak menerima peribadahan dan tunduk patuh.  Inilah seruan yang dibawa oleh rasul-rasul yang diutus oleh Allah s.w.t kepada manusia.

Beribadah kepada Allah s.w.t dilaksanakan dengan kasih yang setulusnya kepada Allah s.w.t berserta dengan tunduk dan merendah diri kepadanya dengan sepenuhnya.  Gambaran mengenainya ialah dengan menghadapkan tumpuan kepada Allah s.wt dengan menyerah diri kepadanya, memberi penuh kepercayaan kepadanya, takut dan gerun kepadanya.  Sentiasa kembali kepadanya dan memohon pertolongan daripadanya, merinduinya dan menjalankan usaha melaksanakan syariatnya, menegakkan agamanya membentuk kehidupan mengikut acuan yang ditentukannya, menggerakkan perasaan kasih dan taat kepadanya, menjadikan kelakuan, perkataan dan perbuatannya dan semua keadaan diri sesuai dengan yang diredhainya.

Inilah agenda kehidupan seorang beriman yang terkandung di dalam pengakuan dan syahadahnya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s