Perjalanan Menuju Allah s.w.t

Setelah membina keyakinan tauhid di dalam fikiran dan hatinya, dan setelah memahami tanggungjawab tauhid yang terkandung di dalam syahadahnya, apakah langkah berikutnya bagi mengharungi perjalanan menuju Allah s.w.t?

Tanggungjawab tauhid yang terkandung di dalam syahadah itu, tentunya tidak mungkin dilaksanakan sekali gus.  Ia adalah perjalanan sepanjang masa.  Ada yang perlu dilaksanakan secara bersendirian dan ada yang perlu dilaksanakan secara kolektif.

Untuk memantapkan perjalanan seterusnya, langkah tegas perlu diambil bagi memutuskan hubungan dengan syirik atau athies dan membersihkan diri daripada kepercayaan, kelakuan dan perbuatan lampau yang dilakukannya dibawah arahan dan naungan kesyirikannya atau kemulhidannya.  Ini dilakukan menerusi taubat.

Taubat, bermakna kembali.  Yang dimaksudkan dengan kembali, ialah kembali semula kepada jalan yang lurus setelah berada di jalan yang sesat.  Atau kembali semula kepada kebenaran setelah sesat dibelantara kepalsuan dan kebatilan.

Proses bertaubat, bermula dengan menyedari bahawa keadaan lamanya adalah salah.  Perbuatan yang dilakukan berlawanan dengan jalan yang diredhai Allah s.w.t.  Segala yang dilakukannya dahulu disesali dengan sepenuh hatinya.  Penyesalan yang menggerakkan hasrat dan keazaman untuk berubah.  Ia terus membina keazaman itu, dan mula membetul kesilapannya.

Jika ia pernah, melakukan dosa dengan manusia, ia berusaha menyelesaikannya atau memohon maaf daripadanya.  Jika ia tidak mampu menyelesaikannya, ia berserah kepada Allah s.w.t dan memohon keampunan daripadanya.

Dengan bertaubat ia membuka lembaran baru dalam kehidupannya.  Bertaubat menghapuskan segala dosa.  Ia seolah-olah baru dilahirkan.  Segala dosa-dosanya yang lampau dihapuskan.  Sesungguhnya Allah s.w.t Maha pengampun dan Penyayang.

One response to “Perjalanan Menuju Allah s.w.t

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s