Soal dan Tanya Dakwah II

Bagaimanakah caranya untuk kita memperkukuhkan keyakinan mengenai status kita sebagai hamba Allah s.w.t. dan memantapkan kefahaman mengenai tauhid?

Berfikirlah dan usahakan memahami ayat-ayat Allah s.w.t. Segala informasi dan jalan menuju ke arahNya, terdapat di dalam ayat-ayat tersebut. Ayat-ayat Allah s.w.t. yang mengandungi informasi yang diperlukan itu terkandung di dalam dua buah buku yang paling utama iaitu kitab wahyu dan al-Kaun (universe). Kitab wahyu yang satu-satunya autentik  dan original hanyalah al-Quran. Ayat-ayat al-Quran mengandungi pelbagai informasi yang diperlukan untuk memahami tauhid dan memantapkan keyakinan mengenai kehambaan hanya kepada Allah s.w.t. Adapun al-Kaun, tiada manusia yang ragu mengenai keberadaannya yang merangkumi planet-planet di langit dan di bumi yang sifatnya adalah konseptual, yakni yang boleh difahami dan dimengertikan. Bahkan terdapat di dalamnya, bahan-bahan yang boleh diolah kembali untuk dimanfaatkan oleh manusia. Ayat-ayat yang terkandung di dalam al-Quran dan alam semesta menjadi bukti dan tanda yang amat jelas mengenai ketauhidan Allah dan status manusia sebagai hambanya. Begitu juga keterangan mengenai tujuan hidup manusia ialah untuk beribdah kepadanya.

Pastinya dalam usaha membaca dan memahami ayat-ayat Allah s.w.t. itu boleh sahaja dilakukan secara langsung oleh manusia yang menggunakan akal fikiran untuk memerhati dan berfkir mengenai ayat-ayat tersebut mengikut kaedah berfikir yang berasaskan ilmu pengetahuan.  Bagi mereka yang tidak mampu berbuat demikian, terpaksalah bersandar kepada mereka yang berpengetahuan dan menghayati jalan hidup menuju tauhid dan perhambaan diri kepada Allah s.w.t. Kadang-kadang ada orang yang memahami ayat-ayat Allah yang terkandung dalam buku al-Kaun, tetapi jalan kehidupannya tidak menuju kepada tauhid dan perhambaan diri kepada Allah. Justeru, berhati-hati dari siapa kamu mengambil jalan kehidupan bergama yang menuju kepada Allah s.w.t. Ayat-ayat di dalam al-Quran memberikan kepada kita isyarat yang jelas, supaya kita merujuk kepada ayat-ayat yang terdapat di dalam al-Kaun bagi mengukuhkan keyakinan terhadap tauhid dan kehambaan diri terhadap Allah s.w.t. إن في خلق السموات والأرض واختلاف الليل والنهار لآيات لأولي الألباب الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم ويتفكرون في خلق السموات والأرض ربنا ما خلقت هذا باطلا سبحانك فقنا عذاب النار  (Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi dan peredaran malam dan siang yang silih berganti, adalah menjadi ayat-ayat  informasi) kepada mereka yang berdaya intelektual yang tinggi. Mereka ialah orang-orang yang mengingati Allah s.w.t. dan befikir mengenai kejadian langit dan bumi, lalu mereka sedar dan membuat pengakuan, Wahai Tuhan kami, Engkau tidak jadikan ini semua secara palsu, maka lingdungilah kami daripada azab neraka. (Ala Imran:190-191)

Membaca dan memahami ayat-ayat al-Quran, boleh menggerakkan kita melangkah ke hadapan untuk mengkaji ayat-ayat Allah di dalam al-Kaun. Para pendakwah perlu memikul amanah membaca ini untuk membolehkan mereka menyampaikan mesej Allah kepada manusia dan mengajak diri dan orang lain supaya mentauhidkan Allahs.w.t. dan menjadi hamba hanya kepadaNya. Di samping itu, manusia diberikan informasi yang jelas di dalam al-Quran, bahawa apa yang terdapat di dalam alam ini ialah untuk mereka manfaatkan sebagai nikmat Allah. Justeru, hasil-hasil bacaan ke atas alam ini sehingga membolehkan mereka mengambil manfaat daripadanya, adalah wajar dengan keizinan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada mereka. Tetapi usaha mereka memanfaatkan kejadian alam ini mestilah beretika. Mereka tidak seharusnya rakus sehingga membawa kerosakan kepada alam dan memusnahkan sistem ekologi yang memelihara kehidupan alam ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s