Ramadhan dan Pengisytiharan Tahun ke-52 Merdeka

Kehadiran Ramadhan pada tahun ini jatuh pada bulan sambutan kemerdekaan negara yang ke-52 pada tahun ini. Adakah suasananya sama seperti tahun-tahun sebelumnya atau berbeza ataupun adakah sambutan kemerdekaan lebih diutamakan daripada mengalu-alukan kedatangan bulan penuh keberkatan ini? Semuanya bergantung kepada pemikiran dan penerimaan individu tersebut. Tapi, saya pasti Ramadhan adalah bulan yang amat dirindui oleh seluruh umat muslimin untuk dinikmati dan dimulakan segala amal kebaikan yang Insya Allah segala kebaikan itu akan berterusan menjadi darah daging selagi nyawa masih bersatu dengan jasad yang dipinjamkan oleh Allah ini.

Ramadhan datang lagi tapi rasanya macam baru sahaja menunaikan puasa Ramadhan 1429H dan lusa kita mula menyambut Ramadhan 1430H. Cepat benar masa berlalu, bukan? Banyak perkara yang perlu dimuhasabah terutama tentang amalan dan sikap kita dalam meniti kehidupan sebagai hamba Allah di dunia ini. Seharusnya kesyukuran yang harus dipanjatkan ke hadrat Sang Pencipta kita masih diberi peluang untuk bernafas dan seterusnya bertemu lagi dengan bulan yang dipenuhi dengan segala keberkatan, limpahan rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t.  ini. Bermakna kita masih diberi peluang untuk terus memohon keampunan daripada-Nya dan melengkapkan diri dengan bekalan yang secukupnya untuk bertemu dengan-Nya suatu hari nanti. Saya berdoa supaya kita semua dapat mempertingkatkan ibadah kita pada Ramadhan kali ini.

Sebagai meraikan pembebasan negara daripada penjajahan kuasa luar 52 tahun yang lalu, kita diseru supaya mengibarkan Jalur Gemilang sebagai tanda kecintaan terhadap negara bertuah ini. Namun, agak mendukacitakan kerana jumlah yang mengibarkan hanya boleh dikira dengan jari. Saban tahun, kesusahan dan kesukaran yang ditempuh oleh masyarakat pra kemerdekaan dilaungkan bagi menanamkan semangat cintakan negara yang tidak berbelah bahagi. Tetapi, suara seruan itu seolah-olah tidak diendahkan. Yang mengendahkannya mungkin individu-individu yang memiliki semangat patriotik yang tinggi. Sukar dijengah sebenarnya apa yang difikirkan oleh masyarakat pada hari ini. Tidak bolehkah mereka menunjukkan sedikit rasa cinta itu sebagaimana mereka mempamerkan rasa cinta itu kepada kampung halaman ataupun insan-insan yang mereka kasihi? Keluh kesah ini sudah acapkali diluahkan tapi tiada perubahan yang berlaku sebenarnya. Agaknya apakah lagi bahasa yang boleh digunakan untuk menghidupkan semangat itu?

Keraian Ramadhan sebagai tanda kita adalah hamba kepada Allah s.w.t. Manakala keraian kemerdekaan adalah tanda kita cinta kepada tanahair. Kedua-duanya harus diambilberat, namun berpada-padalah dengan apa yang sepatutnya tapi hadirnya Ramadhan haruslah dijulang dengan berazam untuk mengisi setiap detik di dalamnya dengan segala kebaikan yang pastinya memberi ganjaran dan kredit yang tidak terperi berkatnya, sebagai persiapan dan ke arah pembaikan diri. Jadi, marilah kita berazam dengan segala niat yang positif.

Salam Ramadhan dan Salam Kemerdekaan!

jalur gemilang

selamat-menyambut-ramadhan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s