Siapa Berpuasa? Nikmatilah Rahmat Ramadhan

gambar buka puasa ramadhan

Gambar hiasan

Hari ini siapa yang berpuasa? Alhamdulillah, bagi sesiapa yang berpuasa dan telah melengkapkan puasa 5 hari sehingga hari ini serta telah melakukan pelbagai amal kebaikan bagi memiliki nilai barakah yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. Subhanallah! Indahnya Ramadhan, hanya orang-orang yang menghargainya sahaja yang mampu merasakannya.

Sesungguhnya rahmat Allah amatlah banyak di bulan Ramadhan ini. Antara rahmat yang dirasai adalah rahmat ketika berbuka puasa. Benar, waktu berbuka adalah waktu yang amat dinanti-nantikan. Setelah seharian kita menahan lapar dan dahaga serta larangan-larangan yang patut dipatuhi, kita telah tiba kepada satu detik kemenangan pada saat itu. Kita seolah-olah diberi satu hadiah yang sangat berharga dan kita akan melalui waktu berbuka itu dengan rasa gembira. Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “… bagi orang yang berpuasa itu dua kegembiraan yang akan mengembirakannya (iaitu) apabila berbuka, mereka berasa gembira, dan apabila bertemu dengan tuhannya, (maka tuhannya) gembira dengan puasanya” – Bukhari (1499), (6175), Muslim (2550), Ibn Majah (1638), al-Nasai (2215).

Malah, semasa bulan Ramadhan kita dapat menjimatkan banyak masa. Seolah-olah pada bulan Ramadhan itu  tempohnya sangat lama.  Sekiranya kita memenuhi masa itu dengan sebaiknya kita tidak akan merasakan kesusahan sementara menunggukan waktu untuk kita makan setelah menahan diri lebih kurang 12 jam.  Seharusnya kita mengisi masa itu dengan perkara yang bermanfaat seperti membaca ayat-ayat suci al-Quran, berzikir dan memperbanyakkan istighfar kepada Allah s.w.t. Kita boleh lihat, kebanyakan  pejabat memendekkan  waktu pejabat di mana semua kakitangan dibenarkan pulang setengah jam lebih awal. Ini kerana orang menghormati bulan Ramadhan tersebut dengan mengambil kira perjalanan yang diambil untuk sampai ke rumah dan persiapan untuk berbuka puasa.

Kita akan berasa sesuatu yang bermakna sekiranya kita berpuasa dengan puasa Islam. Selain itu, kita dapat merasakan rumah adalah destinasi paling penting kerana kita akan membuat persiapan dan seterusnya berbuka bersama-sama ahli keluarga. Berbanding dengan hari-hari biasa, kita mungkin akan menghabiskan masa kita dengan singgah ke tempat-tempat lain dahulu sebelum balik ke rumah. Itulah antara perbezaan yang kita dapat lihat sewaktu bulan yang mulia ini.

Satu lagi rahmat yang dapat dirasai adalah rasa gembira apabila tibanya Aidilfitri. Perasaan gembira itu tidak boleh dizahirkan dengan perkataan kerana kita sendiri yang merasainya. Kita telah menyempurnakan satu tanggungjawab dan rasa tenang setelah berjaya melaksanakannya. Bukankah itu satu kegembiraan yang amat bermakna?

Pada bulan Ramadhan ini, ramai yang berebut-rebut untuk melaksanakan tadarus al-Quran kerana ingin merebut ganjaran dan pahala yang berganda-ganda. Saya ingin berkongsi pengalaman saya sewaktu menunaikan umrah pada bulan Ramadhan tahun lalu. Alhamdulillah, di sana saya berjaya mengkhatamkan al-Quran sebanyak 2 kali kerana tumpuan sepenuhnya kepada ibadah. Langsung tidak fikirkan tentang keluarga, kerja, anak-anak dan pelbagai perkara yang selalu bersarang dalam fikiran. Tapi, sayangnya, saya mengakui saya tidak dapat menghabiskan bacaan al-Quran saya walaupun sekali di sini. Hanya dapat mengalunkan ayat-ayat suci sewaktu benar-benar kelapangan sahaja. Nikmat berpuasa di tanah suci Makkah sukar digambarkan kerana suasana yang di situ yang menjadi pendorong motivasi untuk kita mendekatkan diri kepada Allah setiap masa.

Walau bagaimanapun, di mana pun kita berpuasa, pokok pangkalnya adalah diri kita, sama ada kita mahu mengisi hari-hari kita dengan rutin yang sama seperti bulan-bulan lain ataupun kita bersungguh-sungguh mahu mengejar semua ganjaran yang telah dijanjikan oleh-NyA. Rahmat dan barakah Ramadhan itu sentiasa ada dan kitalah yang harus memilih yang mana kita mahu nikmati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s