SAHSIAH SAWIYYAH @ PEKERJA DAKWAH

Setiap pekerja dan petugas Islam juga mestilah memiliki sahsiah sawiyyah yakni sahsiah yang seimbang. Ada beberapa ciri yang dapat dilihat daripada keperibadian atau sahsiah sawiyyah.

1. Mempunyai keupayaan adaptasi dengan persekitaran. Adaptasi merupakan suatu proses yang dinamik secara berterusan yang mana seseorang itu dapat mengubahsuai kelakuannya supaya wujud hubungan yang lebih serasi antara dirinya dan pearsekitarannya.

2. Mempunyai kemahiran yang memberikan kepadanya keupayaan untuk memenuhi keperluan-keperluan asasnya. Dengan kemahiran ini ia tahu keupayaannya, persediaannya dan kemahirannya. Keperluan asasi itu bukan hanya makanan, pakaian dan tempat kediaman. Yang dimaksudkan dengan keperluan asasi itu ialah keperluan kepada menilai diri, keperluan kepada maklumat dan kefahaman, keperluan kepada penghormatan dan penghargaan, keperluan kepada keamanan dan keperluan-keperluan biologi, seperti makan, minum dan sebagainya.

3. Ia menerima dirinya sebagai mana adanya. Ertinya, ia tidak berlagak pandai, sedangkan kepandaiannya tidak boleh dibuktikan dan tidak mampu membuktikannya.

4. Sentiasa flexible di dalam menghadapi pelbagai keadaan yang mempengaruhinya.

5. Bersikap bijaksana dan menjauhkan konflik dalam hubungan dengan orang lain.

Dengan adanya ciri-ciri seorang mukmin dan diperkukuhkan pula oleh pemilikan sahsiah yang seimbang ( swayyah) ia memperolehi kesan yang sangat positif. Antaranya,

1. Ia mempunyai keupayaan kuat untuk menguasai diri. Tidak mudah mengambil sebarang keputusan dan tindakan yang melulu. Dengan itu terserlah kebijaksanaannya.

2. Seorang yang memiliki sahsiah seimbang (sawiyyah) sentiasa memiliki perasaan bahawa segala kerja yang dilakukan adalah tanggungjawabnya dan memikul tanggungjawab ini, dengan berlapang dada. Ia tidak menyalahkan orang lain dalam apa juga kegagalan yang dialaminya.

3. Antara orang-orang yang memiliki sahsiah sawiyyah saling bergantung dan bekerjasama antara satu dengan yang lain. Mereka sentiasa sedar bahawa kelalaian dan kecuaiannya, akan mengakibatkan kerja orang lain akan turut tergendala.

4. Mereka mempunyai kekuatan untuk sentiasa mempercayai antara satu dengan yang lain. Orang yang memiliki sahsiah sawiyyah mempunyai keuapayaan tinggi untuk membentuk hubungan dengan orang lain berasaskan kasih sayang, hormat menghormati dan saling percaya mempercayai.

5. Mereka mempunyai perasaan kemanusiaan yang tinggi, bersikap menerima dan memberi dan sentiasa meletakkan dirinya dalam keadaan bersedia untuk berkhidmat kepada kemanusiaan.

6. Manusia yang memiliki sahsiah sawiyyah, mempunyai wawasan dan bekerja untuk melaksanakan wawasannya itu, bukan hanya untuk kepentingannya, tetapi untuk kepentingan agama, bangsa dan negaranya.

foto datuk nakhaie insaniah

One response to “SAHSIAH SAWIYYAH @ PEKERJA DAKWAH

  1. Sambutan Nuzul Al Quran
    Para Muslimin dan Muslimat dijemput hadir ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran & Ghazwah Badar Al Kubra yang akan diadakan pada 6 September 2008 di Masjid Darul Ehsan Taman TAR, Ampang.Selangor.

    5.52am : Solat Subuh

    6.30am : Kuliah Subuh Dato Kamal Muhamad

    10.00am : Periwayatan 10 Hadith Musalsal
    – Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin

    1.18pm : Solat Zuhur

    3.30pm : Mengenang Ahli Badar
    – Sheikh Muhamad Fuad Kamaluddin

    4.30pm : Solat Asar
    – Diskusi Kitab Penawar & Penyembuh Dari Al Quran – Imam Al Ghazali
    – Ceramah Nuzul Al Quran.

    7.23pm : Majlis Berbuka Puasa / Solat Maghrib

    8.34pm : Solat Isyak dan Terawih

    http://pondokhabib.wordpress. com

    Semua dijemput hadir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s