Ayuh, Mulakan Langkah!

Hari ini, saya ingin menyentuh sekali tentang jati diri yang perlu disemai dalam diri setiap pendakwah ataupun pekerja dakwah. Terdapat beberapa langkah yang boleh kita terapkan dalam diri kita untuk menuju ke arah matlamat tersebut. Antara langkah-langkah penting bagi pembinaan jati diri sebagai muslim dan sebagai petugas Islam yang beriltizam ialah:

1. Membersihkan akidah tauhid dari sebarang bentuk syirik kepada Allah s.w.t. sama ada dalam keyakinan terhadap-Nya sebagai Tuhan dan tiada Tuhan melainkan Allah s.w.t. dan dalam peribadahan terhadap-Nya, yakni tidak beribadah melainkan kepada-Nya, kerana hanya Dia yang layak disembah dan hanya Dia yang menjadi tumpuan segala peribadahan.

2. Mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. dengan mengerjakan solat lima waktu tanpa meninggalkannya dan sentiasa mengingati-Nya dalam apa keadaan sekalipun. Cara mengingatinya, ialah dengan melembutkan lidah dan menggerakkan hati, menyebut nama-Nya.

3. Bertaqwa kepada-Nya dengan meninggal dan menjauhi larangan-Nya dan melaksanakan suruhannya, terutama suruhan-suruhan yang wajib, seperti berpuasa, membayar zakat jika mampu, bercakap mengenai kebaikan dan menyuruh orang melakukan kebaikan tanpa lupa kepada diri sendiri untuk melakukan kebaikan itu dan lain-lain perintah dan suruhan Allah s.w.t.

4. Banyak membaca al-Quran dan mempelajari untuk mengetahui isi kandungannya untuk memperolehi petunjuk dan bimbingan daripadanya. Antara kaaedahnya, ialah membaca 10 ayat dalam sehari dan memahami ayat-ayat itu dan berfikir mengenainya. Ini boleh dilakukan dalam masa tidak sampai 30 minit dalam sehari.

5. Bercampur-gaul dengan komuniti masyarakat Islam yang beriman dan bertaqwa dan juga mendekati orang-orang berilmu serta berbincang dengan mereka masalah-masalah agama dan masyarakat bagi menambahkan pengetahuan dan kefahaman kita mengenai agama dan kehidupan.

6. Membaca sirah Rasulullah s.a.w. dan para sahabat serta para ulama mujtahidin serta menjadikan mereka role model bagi membolehkan kita membina jati diri yang unggul dan melihat contoh teladan bagi pembentukan jati diri itu.

Marilah kita memulakan langkah permulaan ini untuk menggerakkan langkah berikutnya. Tiada langkah yang seterusnya, tanpa adanya langkah permulaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s