Isu Rumah Ibadat

Saya menonton gelagat-gelagat yang dipaparkan dalam laporan berita oleh salah sebuah stesyen televisyen swasta pada hujung minggu yang lalu. Saya nampak kekecohan sebagaimana yang dilaporkan tetapi hakikat yang berlaku di dalamnya hanya orang yang berada di situ sahaja yang tahu dan nampak. Inilah maksud saya. Orang Melayu adalah kaum yang paling bertolak ansur. Mereka bertoleransi dalam hal ehwal keagamaan orang bukan Islam. Namun tahap toleransi mereka atau sikap sabar mereka pasti akan tiba ke satu kemuncak di mana ‘perang’ akan meletus.  Bukan perang hakiki tetapi letusan setelah sekian lama mendiamkan diri. Bagaimana reaksi masyarakat yang berada di sebuah kawasan perumahan yang majoritinya masyarakat Melayu tetapi ada rumah ibadat Hindu yang mahu dipindahkan ke situ? Mungkin benar, isu ini telah lama diketengahkan tetapi kenapa baru sekarang diadakan sesi dialog yang akhirnya tiada juga kata putus yang kukuh untuk meredakan rasa marah dan tidak puas hati masyarakat Seksyen 23, Shah Alam.

Saya tidak mahu bercerita panjang tentang kejadian itu tetapi mahu berkongsi makluman mengenai kajian yang telah dijalankan oleh YADIM bermula tahun 2007 tentang sejauh mana sensitiviti masyarakat Islam terhadap struktur rumah ibadat bukan Islam. Kajian ini melibatkan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Kebenarannya 91% daripada responden yang ditemui, mengakui tiada masalah keagamaan di tempat mereka dan mereka menghormati hak penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing. Kawasan tumpuan kajian adalah di Sentul yang menunjukkan bahawa jumlah rumah ibadat yang terdapat di Pekan Sentul adalah seperti berikut:

13 buah masjid

62 buah surau atau madrasah

20 buah gereja

440 tokong Buddha dan

72 buah kuil Hindu /Gurdwara

Kemudian kita lihat pula jumlah rumah ibadat yang terdapat di seluruh Kuala Lumpur :

59 buah masjid

218 buah surah / madrasah

64 buah gereja

192 kuil Hindu / Gurdwara dan

819 tokong Buddha

Kajian mendapati bilangan masjid dan kuil tidak seimbang dengan jumlah penduduk di kawasan berkenaan. Terdapat 26% masyarakat Hindu di Sentul tetapi mereka mempunyai 72 buah kuil yang dibina di situ. Manakala majoriti 60%  masyarakat Islam hanya mempunyai 13 buah masjid di situ. Sebahagian daripada kuil yang dibina adalah secara haram tanpa kebenaran kerajaan. Dalam keadaan seperti itu, masyarakat Islam masih boleh lagi bertoleransi. Namun, mereka tetap tidak dapat menerima sekiranya rumah ibadat tersebut dibina di kawasan majoriti masyarakat orang Melayu, tidak senang sekiranya ibadat tersebut mengganggu lalu lintas dan ibadat tersebut dijalankan mengganggu ketenteraman awam. Selain itu, orang bukan Islam lain juga boleh menerima kehadiran rumah-rumah ibadat tersebut.

Saya tidak menolak kepentingan rumah ibadat kepada setiap penganut agama terutama di Malaysia ini tetapi yang menimbulkan isu ialah bagaimana kuil-kuil ini begitu mudah dibina berbanding dengan masjid yang perlu mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Perlu memohon kebenaran jabatan agama dan sebagainya. Ini merupakan salah satu perkara yang amat menghairankan? Saya sedar semua bangsa dan agama di Malaysia saling memberi dan menerima. Tetapi di mana letaknya kekuatan pihak berkuasa dalam hal memberi kelulusan kepada pembinaan rumah ibadat tersebut?

4 responses to “Isu Rumah Ibadat

  1. Datuk,
    Terima kasih atas penjelasan. Sangat membantu dalam memahami mengapa kita saling bertengkaran tentang rumah Ibadah. Memang, kita masyarakat Islam begitu toleransi. Toleransi yang kadangkala berlebihan sehingga kepala kita pula dipijaknya.

  2. Salam perjuangan
    Datuk.. Artikel ini amat berguna untuk menjelaskan realiti dan situasi rumah ibadat yang berlaku di negara kita, mohon kebenaran untuk meng”copy” untuk edaran umum.. semoga masyarakat dapat menilai kebenaran yang berlaku..

  3. Ya, hakikatnya masih banyak lagi yang terselindung. Semoga dengan usaha saudara itu akan membuatkan seluruh masyarakat Islam sedar dan terus celik mengenai isu ini.

  4. salam saya pelajar semester 4 Uitm tertarik untuk menghasilkan thesis bertajuk masalah penempatan rumah ibadat, harap ada info yang boleh membantu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s