Apa Tujuan Kamu?

Kadang-kadang, kita sering bermonolog. Mencari-cari satu jawapan tentang apa yang kita suka atau tentang apa yang kita mahukan dalam kehidupan ini. Sedang kita berasakan kita hidup dalam keadaan kekurangan, kita mencongak, untuk memiliki kereta, rumah, simpanan yang banyak dan segala kesenangan sebagaimana yang dinikmati oleh golongan yang kita lihat mereka bahagia dengan harta kekayaan mereka lantas  dalam hati mula bergetus, alangkah indahnya kalau aku di tempat dia.

Pernahkan anda bertanya pada orang lain, apakah tujuan hidup manusia di dunia ini? Apakah tujuan hidup kita ialah mengumpul harta untuk menjadi kaya? Adakah tujuan hidup ini menjadi orang paling berkuasa di dunia bergelar maharaja yang digeruni dan ditakuti, menikmati segala keistimewaan dan kebesaran? Adakah tujuan hidup ini menjadi selebriti yang dikenali dan dipuja oleh peminat? Namakan apa sahaja yang anda inginkan. Apakah semua itu tujuan sebenar hidup manusia di dunia ini.

Apa yang anda inginkan, mungkin menjadi tujuan anda secara bersendirian. Sebagai individu, anda memiliki cita-cita tertentu untuk anda capai dalam hidup ini. Apakah itu tujuan hidup anda yang sebenar?

Anda ingin menjadi seorang yang kaya raya. Anda berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita itu. Setelah anda menjadi kaya raya hasil usaha anda yang gigih dan menikmati segala keistimewaan sebagai orang kaya. Apakah yang berikutnya, jika anda masih hidup di dunia ini. Adakah anda berpuas hati dengan pencapaian itu atau anda berasa mengah untuk mengurus kekayaan anda yang melimpah ruah itu? Jika tidak berapa lama setelah mendapat gelaran sebagai orang kaya, umur anda berakhir, adakah tujuan hidup anda tercapai dengan mati sebagai orang kaya sahaja?

Anda ingin menjadi orang paling berkuasa di negara anda atau di dunia ini. Anda menguasai politik dan berjaya menjawat jawatan tertinggi dalam negara anda sebagai Presiden atau Perdana Menteri. Dengan menjawat jawatan tertinggi itu adakah tujuan hidup anda telah tercapai? Anda mungkin menanam cita-cita lebih besar. Dengan kuasa yang ada, anda akan membangunkan negara anda menjadi sebuah negara maju dan paling berpengaruh di dunia. Jika dalam masa pemerintahan anda tidak mencapai hasrat itu, apakah bermakna anda gagal?

Tujuan hidup kita, kita sendiri yang tentukan. Ya, itu semestinya. Tepuk dada, tanya iman anda.

3 responses to “Apa Tujuan Kamu?

  1. Assalamualaikum. Sudah semestinya kita fikirkan apakah sebenarnya tujuan hidup manusia di atas muka bumi ini. Saya juga ada menulis isu yang sama. Tapi sekadar celoteh biasa untuk renungan sendiri, walau apapun sesuai juga untuk mereka yang mahu mengambil pengajaran.

    (www.abuafnan.blogspot.com)

  2. terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini. Sememangnya banyak perkara yang harus kita bicarakan untuk pembangunan jiwa ummah. teruskanlah menulis dan berbicara di blog anda.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s