BAGAIMANA AKU MENGUNDI NANTI

Umum mengetahui bahawa aku seorang ahli UMNO. Tentu sahaja orang percaya aku akan memberi undi kepada BN.Tetapi sebenarnya pertimbanganku untuk memberi undi kepada seseoang calun, lebih mendalam daripada hanya menjadi ahli kepada sesuatu parti, walaupun parti yang aku memilihnya sebagai wadah perjuangan. Aku tidak rela menjadi ahli fanatik kepada mana-mana parti.Fanatisma suatu sikap yang menyokong atau beriltizam kepada sesuatu perkara walupun nyata bahawa perkara itu salah dan palsu.Kita tidak disuruh oleh agama memihak kepada sesuatu yang salah dan palsu. Bahkan kita dilarang memihak kepada golongan yang melakukan kerosakan di bumi. Justeru, fanatism ditolak oleh agama tidak tidak diamalkan oleh orang yang bijaksana dan berakal.

Dalam pilihanraya 2008 aku memberi undi kepada calun PAS, pada hal aku ahli UMNO. Kenapa demikian? Aku tidak sangat memikirkan mengenai kesetabilan pada ketika itu, kerana aku yakin bahawa di peringkat nasional BN akan terus menguasai kerajaan dan keadaan politik akan terus stabil. Pertimbangan yang aku buat ketika itu ialah kelayakan orang yang akan mewakili rakyat di kawasanku. Calun BN seorng haprak yang aku tahu dia banyak berbohong.Dia berbohong mengenai taraf pendidikannya. Dia pernah ditangkap berkhalwat, walupun diselamatkan dan bermacam lagi. Sewaktu hendak memangkah hati kecilku rasa berdosa jika aku memberi undi kepadanya. Lalu aku memberi undi kepada calun PAS. Tetapi di luar dugaan sama sekali. Rupa-rupanya berlaku thunami politik yang perkembangannya menggugat kesetabilan dan ketenteraman berpolitik seperti yang dirasai sekarang. Perkiraanku mungkin tidak tepat. Maklumat mungkin tidak sempurna, sehingga aku membuat pilihan berdasarkan kepada hanya satu faktor iaitu faktor calun. Namun aku tidak boleh mengubah prinsip pemilihan yang tidak hanya berdasarkan fanatism dan pemilihan mesti dengan pertimbangan lebih mendalam daripada hanya menjadi ahli kepada sesuatu parti politikercinta.

Untuk pilihanraya akan datang, aku telah membuat persiapan lebih rapi dan maklumat lebih lengkap untuk dijadikan asas pertimbangan.Aku bersiap sedia sebagai seorang pengundi Melayu beragama Islam dan rakyat Malaysia yang bernanung di bawah kedaulatan negara tercinta ini.Sebagai seorang Melayu beragama Islam, aku memikirkan mengenai kepentingan Islam dan masa depan orang Melayu serta acuan kemelayuan dan kerangka keislman yang menjdi teras kepada pembentukan negara ini.Sebagai rakyat Malaysia aku inginkan sebuah pemerintahan yang cekap, yang mampu memelihara keamanan dan tidak melakukan kezaliman kepada sesiapa, walaupun terhadap rakyat yang bukan beragama Islam, bahkan bukan rakyat yang menumpang teduh di negara ini. Mereka juga tidak wajar dizalimi.Ia adalah kerajaan yang berusaha memajukan negara ini dalam acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan yang telah ditetapkan dalam perlembagaan.

Berdasarkan kepada pertimbangan itu, aku sebenarnya menjadi serba salah untuk turun mengundi. Aku tiada pilihan lain kecuali calun yang mewakili BN atau Pakatan Rakyat. Kedua-dunya, pada masa sekarang ini tidak dapat memenuhi aspirasi yang aku inginkan. Kepimpinan BN sekrang ini aku melihatnya sebagai kepimpinan lemah, tidak punya idealism yang boleh melangkah jauh ke hadapan.Pemimpin yang menjadi pemimpin melalui krpet merah dan telah kehilangan tempat berpaut dalam perjuangan kebangsaan.Bahkan tidak mampu mengungkap kembali perjuangan kebangsaan, sesuai dengan cabaran masa kini, tidak thu ke mana hala tuju sebenar pembangunan negara ini.

Pakatan Rakyat pula, tidak mungkin boleh diharapkan. Mereka tidak mampu mengolah formula yang mantap untuk menjadikan pakatan mereka sesuatu yang solid. Pakatan mereka terlalu rapun untuk diserahkan mandat mempimpin negara ini. Mereka tidak mempunyai dasar yang jelas yang disepakati secara tulin. kerja mereka hanya mengeritik dan membuat janji-janji sahaja. Tiada sesuatu dasar yang boleh dijadikan alternatif kepada dasar BN yang dikritik itu. Pendirian yang sama sekali tidak boleh dipecayai.

Ternya kita mempunyai dua kapal yang lama untuk dinaiki.Sekiranya ada kapal yang baru yang mempunyai injin dan kelengkapan baru, mudah bagi kita membuat keputusan. Antara dua kapal yang usang itu, kita terpaksa memilih salah satunya atau tidak memilih sesiapa.Mungkin banyak orang yang akan mengambil langkah ini. Lankah tidak mengundi bagio saya, adalah langkap tiak dinamik. Saya akan memberi undi kepada parti yang lebih terjaga dan teelah terpelihara yang telah terbukti kemampuannya membawa penumpang ke destinasi, wlaupun lama.Saya akan memilih BN pada kali ini, kerana saya rasa bangsa saya, agama saya dan negara ini lebih terselamat jika ia berada di bawah BN dalam masa lima tahun lagi.Sekurangnya saya sudah tahu apa dasarnya terhadap agama dan bangsa, serta iltizamnya untuk menjadikan negara ini sebuah negara maju. Terimakasih.
Nakhaie Ahmad
Sungai Ramal Dalam

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s