TRASFORMASI POLITIK.

Setelah lebih 50 tahun negara ini mencapai kemerdekaan,ia bermakna umur yang lebih lima dekad itu telah mencapai kedewasaan dan kemtangan di dalam segenap bidang. Terutama di dalam amalan berpolitik. Tetapi benarkah politik negara kita ini telah mencapai kedewasaan dan kematangan yang diharapkan?

Kedewasaan dan kematangan tidak berlaku tanpa kefahaman. Kefahaman mengenai acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan negara ini ketika ia dibentuk, adalah perkara utama yang perlu difahami oleh setiap rakyat supaya tidak berlaku kepincangan dalam proses membangunkan negara ini. Membangun tanpa mengikut acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan negara sebagaimana yang ditetapkan dalam perlembagaannya, pembangunan akan menjurus ke arh cacamarba dan menimbulkan konflik kepentingan dan pertentangan kepelbagaian yang membawa kepada keadaan tidak stabil. Bahkan ia akan memnambahkan pertentangan yang mengancam keamanaan dan keselamatan.

Generasi lampau yang memperjuangkan kemerdekaan telah membentuk acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan negara ini dengan penuh berhati-hati dan bijaksana. Acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan negara ini dibentuk bukan dari idealism yang tidak berpijak di bumi nyata. Bukan dilihat dari kepelbagaian keinginan kaum yang berlainan agama, budaya dan kepentingan. Ia dibentuk berdasarkan latarbelakang sejarah dan ketamadunan negara ini. Sewaktu negara ini dibentuk setelah mencapai kemderdekaannya, negara ini bukan sebuah tanah kosong yang tidak mempunyai pemerintahan dan sistem kenegaraan. Ia bukan sebuah pulau gersang yang tidak mempunyai peradaban dan kebudayaan. Ia bukan sebuah kawasan yang tiada penduduk. Bahkan negara ini telah bejaya membentuk empayar sebelum ia dijajah oleh British.

Pemimpin semua kaum di negara ini bersetuju dengan acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan yang telah dijelmakan dalam perlembagaan negara. Acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan itu berasaskan kepada Melayu/Islam. Negara ini sebuah negara beraja di mana institusi beraja itu merupakan bahagian yang penting dalam acuan kenegaraan negara ini.Sementara Islam ialah agama negara. Dengan kata lain, negara ini negara yang beragama dan bukan negara sekular. Agama bagi negara ini ialah Islam.Yang di Pertuan Agong adalah ketua negara dan juga ketua agama bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja. Bagi negeri-negeri yang beraja, Sultan atau Yang Dipertuan bagi negeri-negeri berkenaan adalah ketua agama Islam bagi negeri-negeri itu. Kedudkan raja-raja dan agama Islam dalam negara ini, menunjukkan dengan jelas acuan kemelayuan dan keislaman negara ini.

Sistem pemerintahannya berdasarkan kepada demokrasi berparlimen. Kuasa dibahagikan kepada kuasa eksikutif, legislatif dan kehakiman.Anggota legislatif dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya. Seorang yang mendapat keyakinan majoriti dewan rakyat dilantik sebagai Perdana Menteri oleh Yang Dipertuan Agung untuk mengetuai kerajaan. Ia akan membentuk kabinetnya terdiri daripada menteri-menteri yang direstui oleh Yang Dipertuan Agung. Kabinet mempunyai kuasa eksikutif yang menjalankan pentadbiran negara dengan selian parlimen.

Perkara yang ingin saya memberi penekanaan di sini ialah mengenai acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan negara ini yang dilupakan atau sengaja dilupakan oleh mereka yang terlibat dalam usaha mendapatkan kuasa untuk mentadbir negara ini iaitu parti-parti politik, sama ada parti pemerintah atau pembangkang. Perjuangan parti-parti politik masa kini telah terkeluar atau tergelincir daripada acuan dan kerangka tersebut. Ini, antara punca utama kegagalan membentuk dan membina sebuah negara dan bangsa yang bersatu yang beriltizam kepada cita-cita dan harapan yang sama.

Semua negara yang maju dan berjaya mempunyai acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunannya yang tersendiri. Ia bergerak ke arah kemajuan di atas landasan dan dipandu oleh acuan dan kerangka tersebut. Tanpa acuan dan kerangka kemajuan dan ketamadunan yang membentuk negara itu, kepincangan dan konflik berterusan tidak dapat dielekkan.

Malangnya, parti-parti politik berlagu mengikut rentak usang yang terkeluar daripada rentak irama yang ditetapkan. Berlakulah suara pincang dan irama tidak keruan dalam poliik negara hari ini sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat. Ia memerlukan transformasi yang dapat mengembalikan kepada pilitik kedewasaan dan kematangan. tetapi kedewasaan dan kematangan itu hasil daripada kefahaman dan iltizam kepada kefahaman dan cita-cita negara sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya. Terimakasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s