LAMA TIDAK BERSUA! SEMOGA SEMUA SIHAT SEJAHTERA

Assalamu ‘Alaikum w.wb

Sudah lama kita tidak bertemu di blog ini. Saya mohon ma’af kerana hilang tanpa pesan. Setiap orang ada zhuruf masing-masing yang menghalangnya daripada berkarya. Dahulu, blog ini ada pengurusnya, Sdri Suhafzan yang dedikasi. Setelah saya berhenti dari YADIM, tiada siapa yang menguruskannya. Apabila terlintas dalam hati untuk melihat kembali dan memuhasabah apa yang dikata dan apa yang dilakukan, saya menemui kembali blog ini. Ada baiknya saya memulakan kembali bicara mengenai pelbagai persoalan kehidupan, setelah bermuhasabah diri. Mungkin ini, satu peluang untuk berkongsi pandangan dan pendapat yang boleh memberi manfaat kepaa kita bersama. Terutama, untuk membolehkan saya terus belajar dari laut ilmu pengetahuan yang sangat luas ini. Juga daripada pengalaman pelbagai pihak yang prihatin terhadap kehidupan dan menginginkan pencerahan di jalanan menuju  ke  garis penamat kehidupan setiap indiviu.

Bila saya melihat kembali apa yang telah diucapkan dan apa yang dibuat di masa lalu, terlalu banyak kesilapan dalam ucapaan dan penulisan. Terlalu banyak yang perlu diperbetulkan dalam amalan. Terlalu banyak membuang masa dan mengisi masa dengan kegiatan tidak berfaedah. Sunggupun begitu tiada semua perkara dalam kehidupan saya dalam keadaan negatif belaka. Apa pun saya perlu banyak beristighfar dan memohon ampun kepada Allah S.W.T atas segala kekurangan dan kelemahan dalam menjalani kehidupan yang dikurniakan Allah S.W.T ini. Saya tetap bersyukur kerana dikurniakan petunjuk dan hidayah dengan agamaNya sehingga membolehkan saya memehami dan menyedari kehidupan ini yang sebenarnya, walaupun hanya di hujung usia. Baru saya tahu bahawa besar sekali pengertiannya apabila Allah S.W.T mencipta manusia untuk beribadah dan mengajak manusia supaya beribadah kepadaNya.

Dalam bulan November yang lalu, saya menghadiri Bengkel mengenai Tanggungjawab sosial Badan-badan Koperat dari Perspektif Islam. Pihak UiTM mengumpul profesional dan pengamal sistem kewangan Islam untuk mengumpulkan maklumat bagi melengkapkan penyelidikannya mengenai Tanggungjawab Sosial Syarikat-syarikat kewangan Islam dan merangka sistem yang berkaitan dengannya. Membincangkan sesuatu mengenai Islam dengan tujuan untuk membina sistem yang boleh diamalkan dalam kehidupan, adalah salah satu usaha  dan perjuangan sebenarnya untuk menegakkan Islam. Ini, mengingatkan saya kepada tulisan dan ucapan saya yang lama dahulu bahawa perlu pendekatan sistem melawan sistem dalam jihad menentang jahiliyyah. Tidak memadai dengan hanya retorik. Jika perjuangan Islam dilaksanakan melalui sifir retorik melawan sistem, sampai bila pun perjuangan Islam akan gagal. Saya bersyukur kerana di hujung usia ini saya masih berpeluang menyumbang untuk membangunkan sistem yang diperlukan itu bagi mengurus dan mentadbir  CSR (Coperate Sosial Responsibility) dalam kewangan Islam. Saya kagum dengan para profesional Islam yang berjihad dalam lapangan ini bagi menghasilkan sistem Islam untuk menggantikan sistem kapitalis sekular dan inilah perjuangan Islam yang sebenar. Retorik dan laungan kosong parti-parti politik Islam. Kononnya ingin menegakkan Islam setelah mendapat kuasa, sudah tidak relevan lagi. Untuk menjadi relevan, sekurang-kurannya mereka mestilah membina sistem Islam dan melakasnakan etika keislaman dalam berpolitik. Memelihara perpaduan umat, tidak memusuhi sesama Islam, berbicara dengan perkataan mulia dan mengakui yang benar dan baik itu adalah baik dan yang palsu dan jahat itu adalah palsu dan tidak baik.

Wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s