KECELARUAN POLITIK MASA KINI

Orang-orang Melayu menjadikan parti-parti politik sebagai wadah perjuangan mereka, sejak berjaya menentang Malayan Union an penerusan perjuangan bangsa menuntut kemerdekaan. Dengan bermatlamatkan menentang kemerdekaan dan memperjuangkan kemerdekaan, wadah politik berjaya menyatukan orang-orang Melayu. Penyatuan itu bukan kerana wadah perjuangan ialah sebuah parti politik. Tetapi kerana orang-orang Melayu mempunyai matlamat perjuangan yang sama iaitu menentang Malayan Union dan berjuang untuk kemerdekaan demi memelihara agama, memertabatkan bangsa dan mengembalikan kedaulatan negara kepada bangsa Melayu. Atas penyatuan tujuan dan matlamat itulah orang-orang Melayu bersatu dan meminggirkan splinter group yang terkeluar daripada gagasan perpaduan itu. Dengan perpaduan itu mereka berjaya menghadapi British yang terpaksa memenuhi kehendak dan tujuan perjuangan mereka. Keutuhan dan kekuatan keazaman politik itu membawa negara ini menjadi sebuah negara merdeka danrancangan  Malayan Union tajaan British dapat digagalkan. Tidak timbul kecelaruan politik kerana keteguhan keazaman politik dalam perjuangan bangsa Melayu untuk bebas dari cengkaman penjajahan.

Mutakhir ini politik orang-orang Melayu begitu bercelaru, sehingga parti-parti politik Melayu tidak lagi dapat mengharapkan kepada orang-orang Melayu sendiri untuk terus berkuasa dan menentukan kuasa politik terus berada di tangan mereka. Mereka terpaksa menagih undi kepada orang-orang bukan Melayu untuk menang dalam pilihan raya. Sebab utama kecelaruan ini ialah kerana mereka berpecah dan kerana perpecahan itu kuasa undi di tangan mereka menjadi kecil. Mereka menjadi minoriti. Dua orang Melayu yang bertanding di dalam kawasan yang majoriti pengundinya adalah Melayu, terpaksa bergantung kepada pengundi bukan Melayu yang akan menentukan sipa yang menang. Dakam keadaan ini orang-orang Melayu telah pun kehilangan kuasa politik mereka, kerana mereka bukanlah penentu kepada kemenangan dalam kawasan yang majoriti pengundinya adalah orang-orang Melayu. Jauh sekali untuk mereka menentukan kemenangan di kawasan majoritinya adalah orang-orang bukan Melayu.

Oleh kerana orang-orang bukan Melayu muncul sebagai penentu kemenangan, mereka mempunyai harga yang tinggi dalam tawar menawar politik di negara ini. Justeru, kecelaruan politik makin bertambah, apabila parti-parti politik Melayu berlomba-lomba menawarkan harga yang lebih mahal kepada undi orang-orang bukan Melayu. Masing-masing menyatakan kesanggupan untuk membayar lebih bagi mendapatkan sokongan orang-orang bukan Melayu. Ada yang sanggup menggadai hak  orang-orang Melayu bagi membayar harga undi bukan Melayu. Kalimah Allah S.w.T sanggup diserahkan untuk digunakan oleh orang-orang bukan Islam sebagai nama tuhan-tuhan mereka. Jika orang Hindu mahu patung Subramaniam di Batu Caves itu diberi nama “Allah” akan turut dibenarkan semata-mata untuk mendapatkan undi orang Hindu. Bagaimana jika sehari atau seminggu setelah pilihanraya ke 13 orang-orang Hindu mengukir kalimah  Allah dengan saiz yang besar di dada patung Subramaniam itu?

Orang-orang politik sekarang ini tidak lagi berjuang dan berkerja untuk mencapai matlamat sesebuah parti ditubuhkan. Tetapi berpolitik untuk kemajuan darinya dan parti politik hanya sebagai kerjaya yang sama dengan bidang-bidang pekerjaan yang lain. Kemajuan dalam kerjaya politik ialah kejayaan mendapat jawatan yang paling banyak memiliki kuasa. Kejayaan yang bersifat individualistik ini ialah ukuran bagi KPI seorang ahli politik. Mereka menukar nilai-nilai politik untuk mengisi kejayaan individu dan istilah perjuangan untuk agama, bangsa dan negara itu, sudah tidak ada lagi dalam kamus mereka. Jika memperjuangkan agama itu adalah sectarian, jika memperjuangkan bangsa itu adalah racist. Jika memperjuangkan kebaikan dan kebenaran, dikatakan kebaikan dan kebenaran itu relatif. Perubahan yang ketara dalam nilai-nilai politik yang berlaku sekarang ini, menimbulkan kecelaruan politik yang sungguh menggusarkan.

Apakah politik selepas pilihanraya ke 13 ini akan berakhir dengan susana anarkis yang membawa padah kepada kehidupan di negara ini. Bagaimana pun pilihanraya ke 13 ini menguji status sebenar masyarakat majmuk di Malaysia. Apakah ada kesetiaan di kalangan mereka yang telah menjadai rakyat di negara ini?

 

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s