MEMPERKASAKAN DAKWAH BAGI MENANGANI KEMLUT POLITIK

Banyak pihak menyebut mengenai perlunya kuasa atau gelombang ketiga bagi menangani kemlut politik sekarang, teutama di kalangan orang-orang Melayu. Akibat politik kepartian yang diamalkan secara ekstrim, masyarakat Melayu yang menjadi masyarakat teras dalam susunan politik dan sosial di Malaysia, berpecah dan terhakis kekuatan politiknya. Sekaligus menggugat kesetabilan politik di negara ini.

ISMA, secara drastik mengambil keputusan menyertai pilihanraya ke 13 yang akan datang melalui parti BERJASA dan mnyatakan bahawa penyetraannya itu, bagi mengujudkan kuasa ketiga yang sering diperkatakan itu. Tentunya, ISMA dengan sokongan ahli-ahlinya akan berusaha memperkasakan BERJASA bagi mencapai tujuan itu. Jika BERJASA muncul sebagai parti yang kuat setanding PAS/PKR dan UMNO, patinya ia akan menjadi pilihan ketiga dalam percaturan politik di kalangan masyarakat Melayu di negara ini. Pastinya, orang-orang Melayu akan terbahagi kepada tiga golongan. Namun sebagai pilihan ketiga ini, BERJASA yang didokong oleh ISMA tidak akan mengamalkan politik permusuhan dan kebencian sebagaimana yang berlaku dalam hubungan PAS/PKR dengan UMNO. BERJASA akan memainkan peranannya sebagai sebuah parti politik Islam yang matang yang sesuai dengan etika syari’ah. Mereka tidak akan menjalankan politik maki hamun dan fitnah yang membaja kebencian dan permusuhan. Sebaliknya, mereka akan berkerjasama dan mengakui yang benar itu adalah benar dan yang salah itu adalah salah.

Tujuan ISMA untuk menyertai politik melalui berjasa dan mengamalkan politik secara bijaksana, adalah baik dan perlu. Tetapi, bagi saya masyarakat Islam sangat memerlukan kuasa pengimbang yang tidak melibatkan kekuatan politik yang berjuang mendapatkan kuasa mmerintah negara. Sebaliknya, kuasa pengimbang itu tidak terlibat di dalam persaingan merebut kuasa politik bagi memerintah negara. Kuasa pengimbang ini benar-benar melaksanakan kuasanya manasihati dan mengembalikan parti-parti politik Melayu yang bertelagah supaya memainkan peranan mereka dalam semangat persaudaraan dan bermatlamat menjaga agama dan kepentingan umat. Kuasa pengimbang ini berorintasikan dakwah dan menjalankan kegiatan menasihati parti-parti politik dan umat dengan kebijaksanaan dakwah. Tidak mengapa, pernanan ini dimainkan oleh pelbagai pertubuhan NGO, tetapi kegiatan-kegiatan itu hendaklah diselaraskan oleh satu badan induk di peringkat pusat. Badan induk ini boleh dinamakan sebagai Majlis Tertinggi Dakwah dan ia hendaklah ditubuhkan di bawah kuasa Majlis  Raja-raja Melayu sebagai ketua agama. MTD hendaklah diberikan peruntukan yang mencukupi bagi membiayai program-programnya dan membantu NGO Islam membantunya. Majlis ini dan NGO di bawahnya hendaklah bersifat non-partisan dan menjalankan aktiviti yang menjurus kepada memelihara kepentingan Islam dan umatnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s