TAHALUF BENAR, TAHALUF SONGSANG

Tahaluf siasi di dalam politik sememangnya terdapat dalam amalan politik Islam. Ini ialah karana tahaluf itu dilaksnakan oleh Rasulullah s.’a,w dalam kegiatan politik baginda berasaskan kepada manhaj dakwah. Baginda mengadakan pelbagai perjanjian bagi menjalin kerjasam bagi mencapai tujuan-tujuab khusus yang jelas dan nyata. Perjanjian baginda dengan orang-orang Arab yang belum menganut agama Islam dan orang-orang Yahudi Madinah, dinyatakan dengan jelas maksud dan tujuannya di dalam perjanjian itu. Perjanjian itu dianggap oleh banyak serjana sebagai sebuah perlembagaan atau kontrak sosial untuk memelihara keamanan Madinah dan mencorak sebuah negara yang bermasyarakat majmuk.

Perjanjian antara UMNO yang mewakili orang-orang Melayu (Islam) dengan MCA dan MIC yang kedua-duanya mewakili orang-orang bukan Islam di negara kita menjelang negara ini mencapai kemerdekaan, tujuan utamanya ialah untuk penyatuan pelbagai kaum di negara ini supaya kemerdekaan boleh dicapai dengan segera. Dalam perjanjian itu diakui oleh semua kaum bahawa orang-orang Melayu adalah masyarakat teras. Kerana itu dalam parti Perikatan, kepimpinan utama parti tersebut terdiri daripada orang-orang Melayu. Apabila negara ini mencapai kemerdekaan, understanding itu diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan. Bahkan diperkukuhkan dengan meletakkan institusi raja-raja Melayu di tempat yang penting sebagai pendukung agama Islam dan penjaga hak-hak istimewa orang-orang Melayu. Kepentingan agama Islam dan orang-orang Melayu yang beragama Islam itu dipelihara, di dalam perlembagaan itu. Ini bererti tahaluf itu adalah diperlukan dan dalam perlaksanaannya kepentingan Islam dan orang-orang Islam terpelihara. Bahkan kepimpinan orang-orang Islam diakui, walaupun setelah Perikatan digantikan dengan Barisan Nasional.

Tetapi di dalam perjanjian antara PAS,PKR dan DAP perjanjian yang dikatakakan oleh PAS sebagai Tahaluf Siasi, belum didedahkan sepenuhnya mengenai perkara-perkara yang terkandung di dalamnya. Ia masih di dalam keadaan kabur dan tidak didedahkan secara terperinci. Ia boleh jadi lebih baik daripada perjanjian dalam BN atau perjanjian yang buruk. Apakah perjanjian itu bertujuan memelihara kepentingan Islam dan orang-orang Islam atau sebaliknya. Wallahu a’alam. Yang pasti mereka belum dapat mempastikan siapa yang menjadi pemimpin yangmenguasai. Orang Islam atau bukan Islam. Pendek kata, hakikat perjanjian itu tidak jelas dan boleh menimbulkan pelbagai kemungkinan. Jika dalam perjanjian BN kita dapat mengetahui dengan jelas maksud daan tujuannya, perjanjian Pakatan Rakyat kabur dan tidak dapat ditentukan matlamat dan tujuannya. Dilihat daripada tulisan dan didengar daripada ucapan mereka tujuan utama ialah untuk menghancurkan UMNO dan untuk perubahan. Perubahan ke arah mana dan apakah corak baru perubahan itu. Semuanya masih tidak pasti. Oleh itu fikirlah sendiri

One response to “TAHALUF BENAR, TAHALUF SONGSANG

  1. Salam, dalam pemikiran saya, dalam pemerintahan BN terlampau banyak penyelewangan. Kroni yang kaya, rakyat menderita. Kita pengeluar minyak, tapi rakyat bayar harga yg mahal utk minyak. Buat jalan, tol rakyat yang tanggung. Buat jambatan pulau pinang, dah habis konsesi, tambah lagi konsesi. Harga makanan harian pun mahal, ayam sekarang dah RM8 sekilo. Kerajaan bagi duit kat kroni suruh bela lembu, duit tu dipakai utk beli kondo, kereta mewah. Sekarang parlimen dah bubar, patutnya BN tak boleh pakai harta kerajaan utk berkempen, tapi dia salahguna harta kerajaan utk berkempen mcm hak dia punya. Harta kerajaan adalah hak rakyat malaysia semua, bukan hak umno dan BN. Akhlak Islamkah mcm ni. Kita tengok Lim Guan Eng, KM Pulau Pinang sebagai contoh. Selepas bubar, dia dan semua exco telah menyerahkan kunci kereta kerajaan negeri. Kenderaan kerajaan adalah untuk kegunaan rasmi kerajaan dan bukan hak parti. Umno sebagai orang Islam patut malu dengan tindakan Lim Guan Eng ini.
    Pakatan Rakyat adalah alternatif terbaik. Marilah melakukan perubahan. Ini kalilah……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s