POLITIK ANTARA PERSEPSI DAN REALITI

Komen terhadap tulisan saya mengenai tahaluf dipaparkan melalui kenyataan bahawa kerajaan BN mementingkan kesenangan kroni, sedangkan rakyat menderita. Hasil negara, terutama hasil petrol tidak digunakan untuk rakyat dan disalah-gunakan untuk kepentingan kroni.Seolah-olah semuanya diagihkan untuk kepentingan kroni. Rasuah, seolah-olah menguasai pemerintahan BN. Tidak ada langsung kebaikan kerajaan BN ini dan apa yang patut dilakukan hanya satu. Tukar kerajaan yang ada kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Persoalannya adakah apa yang disebutkan itu suatu kebenaran atau semata-mata persepsi.

Membentuk persepsi seumapam itu terhadap pemerintah dan parti pemerintah, tektik paling mudah dan kemungkinan paling paling berkesan untuk dilaksnakan oleh pembangkang bagi menafikan kejayaan kerajaan dan sumbangan besarnya kepada negara. Membentuk persepsi yang negetif itulah yang boleh dilakukan oleh pembangkang untuk mempengaruhi rakyat bagi menolak kerajaan.Bagi rakyat yang kurang berfikir dan kurang menyelidik, tentu sahaja apa yang didengar itu boleh diterima. Tetapi penerimaan kepada sesuatu persepsi yang tidak benar mungkin membawa kerugian besar kepada negara dan rakyat. Rayta mungkin membuat perhitungan yang salah dalam memilih parti yang akan membentuk dan menguasai kerajaan.

Saya tidak menafikan kesilapan dan kekadang penyelewengan ada berlaku di kalangan pemimpin kerajaan dan kakitangan kerjaaan. Sedangkan sebahagian kakitangan yang melakukan rasuah dan penyelewengan itu terdiri daripada anggota parti pembangkang. Rasuah aalah penyakita sosial yang dilakukan oleh sesiapa yang kurang imannya, sama ada dari parti mana jua pun.Dalam parti pembangkang, belum lagi menguasai kerajaan, berlaku penyelewengan dan rasuah. Tabung memali, derma jihad dan pelbagai tabung yang lain, bukan sahaja tiada rekod yang kemas, tetapi turut disalah-gunakan atau diselewengkan. Pelbagai projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri yang dikuaai pembangkang, gagal kerana berlaku penyelewengan dan rasuah.Saya tidak menafikan berlaku penyalah-gunaan kuasa dan penyelewengan. Tetapi jika penyelewengan itu berlaku dengan berleluasa tanpa boleh dibendung lagi, negara ini sudah lama muflis dan rakyat kelaparan. Ini bermakna bahawa penyelewengan,salah-guna kuasa dan rasuah berlaku dalam keadaan terkawal.

Rancangan-rancangan pembangunan dan projek-projek memajukan negara memang banyak di negara ini. Ia menunjukkan bahawa negara ini bergerak menuju kemajuan. Tetapi benarkah semua projek itu diberikan kepada kroni untuk mereka hidup kaya raya? Tidak dapat dinafikan ada sebahagiannya diberikan kepada kroni. Saya tidak menafikan itu. Tetapi patutkah kita memejam mata supaya jangan melihat kepada sebahagian besar projek mega yang diberikan kepada syarikat-syarikat kerajaan atau perbadanan yang ditubuhkan oleh keajaan dan keuntungannya diagihkan kepada rakyat. Berapa banyak projek-projek kerajaan yang dianugrahkan kepada syarikat-syarikat milik Tabung Haji, PNB, Tabung Angkatan Tentera dan lain-lain di mana keuntungannya diagihkan kepada rakyat. Tidakkah kerajaan menggunakan hasil pendapatan negara untuk memberi khidmat cemerlang kepada rakyat. Hospital yang world Class, jalan-jalan raya yang world class, pelbagai kemudahan pengangkutan, universiti-universiti yang memberi ruang seluasnya kepada rakyat menimba ilmu. Cubalah bandingkan kemudahanini dengan negara-negara lain di rantau ini. Kita setanding dengan negara-negara maju. Memang beberpa kemudahan perlu dibayar, kerana pembinaan kemudahan itu oleh pihak swasta perlu dbayar untuk membolehkan mereka melunaskan pinjaman yang dibuat bagi membiayai projek berkenaan. Tetapi akan tiba masanya kemudahan itu akan didapati secara percuma, apabila kontrak telah tamat dan pembiayaan dilangsaikan.

Politik persepsi senjata paling mudah untuk melekehkan lawan. Jika sesuatu persepsi negetif berjaya dibentuk terhadap kerajaan, pembangkang mungkin berjaya dan keajaan akan tumbang. Tetapi mudahkan sebuah keajaan yang berkesan dapat diganti dan janji-janji manis pembangkang dapat ditunaikan. Berfikirlah secara matang. Tanyalah dengan sejujurnya bahawa Pakatan Rakyat itu suatu pakatan yang ampuh atau rapuh. Lihatlah tahaluf PAS dengan DAP dan PKR tahaluf benar atau songsang. Jika pakatan itu lebih ampuh dan lebih baik daripada BN jelaskan supaya rakyat tahu dengan sebenarnya. Bukan hanya slogan dan diayah kosong sehingga rakyat terkeliru dan tertipu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s