PERSOALAN ‘AQIDAH DALAM ISLAM POLITIK

Terlebih dahulu perlu dijelaskan maksud “Islam politik” dan perbezaannya dengan politik Islam. Umum mengetahui politik Islam ialah aspek politik daripada pergerakan dakwah Islamiyyah. Ia terpancar daripada kerangka aqidah Islamiyyah dan berasaskan kepadanya. Pergerakannya berpandukan kepada al-Qur’an dan Sunnah Rasul s.’a.w dan mematuhi ijma’ serta mengamalkan qiyas sebagai suatu kaedah bagi memahami isu-isu yang timbul ketika masyarakat mendepani perubahan. Tidak berbangkit isu ‘aqidah di dalam politik Islam, kerana pergerakan politik sebagai sebahagian daripada agenda dakwah Islam, sentiasa berpegang kepada ‘aqidah Islam dan mengamalkan etika berpolitik di dalam Islam sebagaimana yang terdapat di dalam ajaran Islam. Model utama politik Islam ialah perjuangan dakwah Rasulullah s.’a.w dan Khulafa’ al-Rasyidun. Bagaimana pun politik Islam tidak terlepas daripada menerima pergolakan dan cabaran selepas daripada zaman Rasulullah s.’a.w. kerana politik melibatkan kerja-kerja manusiawi yang memiliki aqal dan nafsu yang terdedah kepada betul dan salah dalam setiap tindakan yang diambil. Daripada realiti manusiawi inilah lahirnya kegiatan Islam politik yang merupakan tindak tanduk manusia yang bercita-cita menegakkan Islam, tetapi banyak dipengaruhi oleh keinginan-keinginan dan runtunan nafsu ingin berkuasa. Tanpa benteng ‘aqidah dan akhlak yang kukuh, kegiatan ini mungkin terlajak sehingga melanggar batas-batas akhlak dan prinsip Islam sehingga Islam dipergunakan untuk mendapatkan kuasa dan memenuhi kehendak naluri ingin berkuasa. Dalam keadaan ini pelbagai penyelewungan terhadap ajaran Islam tidak terelakkan lagi.

Perkembangan politik Islam sehingga tersasar daripada landasan dan terperangkap ke dalam kencah Islam politik, boleh dimurnikakan untuk dikembalikan kepada politik Islam yang sebenar. Langkah paling utama bagi tujuan itu ialah dengan membersihkan ‘aqidah dan memperkasakannya sebagai landasan pergerakan politik yang utama. Setiap kegiatan politik tidak seharusnya tergelincir daripada landasan itu. ‘Aqidah bercelaru dan tidak lurus serta dikotori oleh -pelbagai faham dan ideologi luaran yang bersimpang siur, mnjadikan politik Islam bercelaru dan seterusnya terprangkap di dalam kencah Islam politik. Perjuangan Islam melalui pendekatan politik sering tersasar daripada landasan ialah kerana keutamaan kepada kegiatan politik telah mengurangkan penekanan kepada program pembinaan ‘aqidah yang murni. Di dalam banyak parti-parti politik yang memperjuangkan Islam terperangkap ke dalam kencah Islam politik ini, kerana mengabaikan aspek aqidah sebagai landasan yang lurus bagi menggerakkan aktiviti politik. Amalan seperti  ” politik diaqidahkan dan ‘aqidah dipolitikkan” menjadi lumarh dalam kegiatan Islam politik di dunia hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s