POLITIK BARU DENGAN KEPIMPINAN BARU

Ketika saya bersama rakan-rakan ( terlalu ramai untuk menyebut nama mereka. Yang jelas tidak ada azmin, tidak ada Izam, tidak ada Rahim Ghouth, tidak Saiufddin Nasution) menubuhkan Parti Keadilan Nasional, dalam benak saya tergambar sebuh parti baru untuk genersi muda yang sifatnya multiracial. Walaupun titik tolaknya daripada usaha menegakkan keadilan terhadap Anwar Ibrahim, yang dilihat pada ketika itu sebagi dizalimi. Saya diberitahu arahan dari penjara (Anwar) kepada para pengikutnya supaya tidak memutuskan sesuatu melainkan setelah berunding dengan tiga orang iaitu Dr.Wan Azizah, Dr Candera Muzaffar dan saya. Saya juga diberitahu beliau mahu supaya parti yang ditubuhkan itu berasaskan Melayu. Saya telah menulis nota kecil dan memberitahunya bahawa parti baru itu tidak wajar bersaing dengan PAS dan UMNO untuk mempengaruhi orang-orang Melayu. Ia hendaklah parti pelbagai kaum yang berteraskan orang Melayu. Perbincangan dan pertemuan banyk diadakan di sebuah rumah di Seksyen 14 berhampiran dengan Food Court dalam jumlah yang ramai. Tetapi perbincangan lebih khusus sering diadakan di Pejabat Anuar Tahir, di Seksyen 14 juga di lokasi yang tidak jauh daripada rumah tersebut. Saya dapat mengingati wajah Anuar Tahir,Dr Mahd.Nor Nawawi dan Dr Mohd.Nor Manuti di dalam perbincangan itu dan beberapa orang yang lain. Wajah yang tidak pernah absen dalam setiap pebincangan ialah saudaru Zukifli Daud sama ada di rumah tersebut dan di pejabat Anuar Tahir. Tetapi bagaimana hendak menubuhkan sebuah parti politik yangbaru yang pastinya sukar mendapat kelukusan. Saya teringat kepada seorang rakan semasa bersama di dalam PAS iaitu Saudara Abdul Wahab Yunus yang lama dahulu telah menubuhkan sebuah parti politik, setelah beliau keluar dari PAS. Saya menyerahkan tugas mengabil alih parti itu kepada Zulkifli Daud dan beliaub berjaya melaksnakan tugas itu degan baik. Maka tertubuhlh Parti Keadilan Nasional sebelum ia ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat setelah penyertaan pemimpin-pemimpin Parti Rakyat PKN. 

Ribuan boring telah diisi untuk memohon menjadi ahli. Tetapi saya sendiri tidak berbuat demikian, kerana melhat gelagat dan keadaan yang tidak menyenangkan. Situasi itu sedang dipergunakan oleh beberapa pihak untuk kepentingan golongannya. Saya dberitahu oleh satu kumpulan supaya saya dijadikan Timbalan Presiden, dan Wan Azizah menjadi Presiden. Kemudian dating pula kumpulan lain memberitahu saya diminta memegang jawatan sebagai Naib Presiden. Kesemuanya dikatakan arhan dari penjara. Saya tidak menerima semuanya dan tidak pula mendaftar sebagai ahli. ABIM seolah-olah mahu menjadikan PKN itu partinya. Yang lain pula mahu menjadikan PKN semata-mata wadah membela Anwar Ibrahim. Ada laporan memberitahu ada orang yang mengambil kesempatan keluar negara mengumpul dana untuk membela Anwar Ibrahim. Tapi wang yang dikumpul itu tidak pernah dilihat walaupun satu sen. Saya tolak semua jawatan dan tidak bercadang menganggotai parti itu. Saya hanya sekadar menerima jawatan Pengarah Pilihanraya sahaja. Keadaan dan pergolakan serta kesempatan yang diraih oleh mereka yang berkepentingan dalam krisis tersebut menjadikan saya tawar hati. Gambaran mengenai politik baru dalam benak saya kelihatan begitu jauh daripada apa yang berlaku. Untuk membina politik baru, nampaknya jauh panggang dari api.Saya mengambil lengkah segera berundur daripada percubaan itu. Saya rasa tidak mampu meneruskan usaha menterjemahkan impian saya kepada kenyataan pada ketika itu. Namun hasrat untuk melihat politik baru bagi negara ini masih segar dalam benak saya.Politik perkauman sememangnya tidak releven lagi. Politik perkauman tidak dapat memenuhi bentuk Negara Malaysia sebagaimana yang digagaskan dalam Perlembagaannya. Bahkan pendekatan perkauman dalam politik menjadi penghalang kepada rakyat dan parti-parti politik itu memahami gagasan Malaysia yang terdapat di dalam perlembagaan. Perlembagaan Negara begitu indah. Orang yang tidak memahaminya akan membencinya. Jika ia dihayati sejak lebih lima puluh tahun dahulu, satu bangsa Malaysia yang bersatu telah dapat diwujudkan atau hampir direalisasikan.

Politik Malaysia berada dalam dilemma. Pendekatan perkauman masih tebal, walaupun di kalangan parti-parti politik yang menecam politik resis. Ia memerlukan pendekatan baru dan pemimpin baru. Tetapi politik Malaysia kekurangan pemimpin yang mempunyai pendekatan baru yang sesuai dengan politik baru yang diharapkan itu. Sepatutnya, DAP. PKR. PAS, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan lain-lain, sudah tidak ada di bumi Malaysia ini. Pemimpin seperti Lim Kit Siang, Karpal Sing, Nik Aziz, Hadi Awang, Najib dan Mahyuddin, Anwar Ibrahim dan lain-lain sepatutnya sudah diganti dengan pemimpin muda yang mempunyai minda politik baru, berpengetahuan tingga, berpandangan jauh untuk memimpin Malaysia yang maju yang mempunyai kerangka tamadunnya yang tersendiri. Kita mengharapkan perubahan sebenar akan berlaku bukan sekadar perubahan orang di Putrajaya yang mempunyai minda lama dan perjuangan lapok seperti perjuangan PKR

2 responses to “POLITIK BARU DENGAN KEPIMPINAN BARU

  1. Salam Datuk, saya tertarik dengan agenda orang muda bersama minda politik baru, walaubagaimanapun saya kira kerajaan harus serius mengambil tindakan dengan cepat menangani masalah dalam UMNO yang ketandusan pimpinan muda ‘bijak’ yang kurang disenangi oleh orang-orang lama. beri peluang pada kami untuk membantu kerajaan dan bukan dibaling batu. saya berterima kasih datuk mempunyai fikrah seperti ini. semoga datuk diberikn kekuatan & istiqomah dlm perjuangan.

    • Minda politik baru dipelukan oleh semua rakyat Malaysia, teutama generasi muda. Pihak keajaan juga harus mengambil inisiatif membina dan memupuk minda politik baru di kalangan rakyat. Termasuk parti UMNO yang memerintah. Najib hanya menyebut mengenai perubahan, tetapi tidak mengemukakan gagasan perubahan yang diperlulkan. Ertinya, beliau masih berminda politik lama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s