APA ERTINYA TRANSFORMASI POLITIK

Umur kemerdekaan negara kita, melebihi 50 tahun. Sudah tentu umur yang melebihi setengah abad itu menandakan kedewsaan dalam pelbagai bidang.Terutam kedewasaan berpolitik. Jangka waktu 50 thun itu, cukup untuk membina sebuah negara bangsa di mana rakyat pelbagai kaum, mempunyai cita-cita dan harapan yang sama dalam sebuah negara yang maju dan berjaya. Tetapi benarkah rakyat negara ini telah dibentuk kesedaran ke arah memiliki aspirasi yang sama dan harapan yang sama, berkongsi kerangka ketamadunan yang sama? Atau mereka terus berada dalam kehidupan terasing dalam kelompok kaum masing-masing?

Kedewasaan tidak mungkin tercapai tanpa kefahaman. Dalam politik, kefahaman mengenai acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunannya yang diperjuangkan oleh generasi tedahulu untuk mencorakkan negara ini perlu difahami. Tanpa kefahaman ini tidak akan ada kedewasaan dalam berpolitik di negara ini. Masing-masing kaum berpolitik mengikut rentak perkauman dan kehendak serta kepentingan kaum masing-masing. Perjuangan politik yang menjurus kepada cita-cita mengujudkan masyarakat yang adil dan kejayaannya di dalam bidang ekonomi, budaya dan kemajuan dikongsi bersama secara saksama, tidak mungkin tercapai. Jurang luas tetap akan wujud antara kaya dan miskin, antara kaum, antara bandar dan luar bandar dan sebagainya.

Perlembagan negara dibentuk dengan jelas memaparkan acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan yang hendak dicapai oleh negara ini.Negara ini adalah sebuah negara beraja. Institusi raja-raja Melayu mempunyai kedudukan penting dalam susunan kenegaraan bagi negara ini.Walaupun ia adalah raja berpelembagaan, tetapi perlembagaan itu sendiri meletakkan institusi raja dalam kedudukan yang penting itu. Jelas di sini bahawa acuan kenegaraan bagi negara ini adalah acuan kemelayuan.

Di samping keutuhan kedudukan institusi raja-raja Malayu itu,perlembagaan negara memperuntukan Islam sebagai agama negara.Peruntukan itu memberi makna bahawa Islam mempunyai kedudukan penting yang menentukan kerangka ketamadunan bagi negara ini. Kerangka ketamadunan dan acuan kenegaraan bagi negara ini ialah Melayu/Islam. Dalam kerangka inilah negara Malaysia harus dibangunkan. Pembentukan kenegaraan bagi negara ini bukan ke arah menjadikan negara ini sebuah negara Hindu atau Budha atau Kristian.Acuan kenegaraan bagi Malaysia dan kerangka ketamadunannya ialah Melayu/Islam. Dalam kerangka itulah ia harus dibangunkan dan dimajukan, sehingga terbentuk sebuah tamadun yang tersendiri.

Acuan dan kerangka ketamadunan yang dijadikan asas dalam perlembagaan negara ini adalah paling tepat dan sesuai. Pertama, kerana kedudukan negara ini dalam iklim alam Melayu yang mempunyai pengaruh kemelayuan dan keislaman yang kuat. Kedua, kerana ia dibentuk berdasarkan sejarah dan kesinambungan tamadun yang telah wujud dan bertapak dengan kuat di rantau ini. Ketiga, kerana Islam adalah agama universal yang mempunyai nilai-nilai yang bersedia menerima hasil-hasil ketamadunan dari tamadun-tamadun yang lain secara saksama dan rasional, berteraskan  piawaiannya yang tinggi.

Sungguh pun acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan negara ini adalah Melayu/Islam,tetapi tidak bermakna bahawa negara ini menolak kepelbagaian. Sebab itu perlembagaan negara menjamin kebebasan beragama yang diamalkan secara aman. Penghayatan agama secara agresif dan melampau tidak dapat diterima. Terrosism oleh mana-mana golongan atas nama agama apa pun atau ideologi apa pun, sesuatu yang amat berlawanan dengan perinsip penghayatan agama secara aman.Begitu juga acuan dan kerangka tersebut tidak boleh tersasar daripada iltizam untuk berlaku adil kepada semua. Bukan sahaja adil kepada rakyatnya, tetapi kerpada semua mereka yang berlindung di bawah kedaulatannya.

Transformasi politik ialah perubahan menuju kematangan. Kematangan adalan pancaran daripada kefahaman. Inilah tuntutan paling penting dalam usaha menggerakkan transformasi politik. Setiap negara mempunyai acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunannya yang tersendiri. Acuan dan kerangka yang seharusnya dimiliki bersama oleh semua rakyat yang bernaung di bawah kedualatan negara ini.

Parti-parti politik konvensional seperti UMNO,PAS, DAP, MCA, MIC,PKR dan lain-lain masih berada dalam kepompong yang sama, sejak puluhan tahun yang lalu. Makin lama keberadaan mereka makin berkurangan kedewasaan mereka berbanding dengan generasi terdahulu. Mereka berpolitik ke arah mencapai kemajuan dalam keriar politik peribadi dan bukan untuk mencapai matlamat dan cita-cita pembentukan sebuah negara yang mempunyau acuan kenegaraan dan kerangka ketamadunan yang tersendiri. Negara ini sememangnya memerlukan transformasi politik. Tetapi jangan disalah-ertikan makna transformasi politik yang sebenarnya.

Transformasi politik bukan slogan yang tidak mempunyai makna dan pengertian mendalam untuk pembinaan negara ini di masa ini dan masa hadapannya. Pengertian mendalam itu terpancar daripada cita-cita perjuangan kemerdekaan rakyat negara ini, terutama golongan majoritinya. Ia bukan sekadar memperbaiki prestasi dan imej pemerintah yang kian menurun. Ia adalah usaha berterusan membangun negara ini di dalam kerangka dan falsafah yang menjelmakan jatidiri dan

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s